Setkan peringatan pada iPad
Dalam app Peringatan , anda boleh mencipta dan menyusun peringatan untuk menjejak semua perkara yang perlu dilakukan. Gunakannya untuk senarai beli-belah, projek di tempat kerja, tugas di rumah dan apa-apa yang anda mahu jejak. Cipta subtugas, setkan bendera, tambah lampiran dan pilih masa dan tempat untuk menerima peringatan. Anda juga boleh menggunakan senarai pintar untuk menyusun peringatan anda secara automatik.

Pastikan peringatan anda terkini pada semua peranti anda dengan iCloud
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Peringatan.
Peringatan iCloud anda—dan sebarang perubahan yang anda lakukan padanya—kelihatan pada iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch dan Mac anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID anda.
Nota: Jika anda telah menggunakan Peringatan pada iOS 12 atau lebih awal, anda mungkin perlu menaik taraf peringatan iCloud anda untuk menggunakan ciri seperti lampiran, bendera, subtugas, senarai kumpulan, warna dan ikon senarai dan banyak lagi. Untuk menaik taraf, ketik butang Naik Taraf bersebelahan akaun iCloud anda dalam Peringatan. (Anda mungkin perlu mengetik Senarai di bahagian kiri atas untuk melihat akaun iCloud anda.)
Peringatan yang dinaik taraf tidak serasi ke belakang dengan app Peringatan dalam versi lebih lama iOS dan macOS. Lihat Menaik taraf app Peringatan dalam iOS 13 atau lebih baru.
Tambah peringatan
Minta Siri. Sebutkan sesuatu seperti: “Tambahkan lobak ke senarai runcit saya.” Ketahui cara meminta Siri.
Atau lakukan yang berikut dalam senarai:
Ketik Peringatan Baru, kemudian masukkan teks. Atau jika anda mempunyai Apple Pencil, tulis dalam medan teks.
Gunakan bar alat cepat di atas papan kekunci untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Jadualkan tarikh dan masa: Ketik
, kemudian pilih bila anda mahu diingatkan.
Tambah lokasi: Ketik
, kemudian pilih tempat anda mahu diingatkan—contohnya, apabila anda tiba di rumah atau masuk ke dalam kereta dengan sambungan Bluetooth ke iPad anda.
Nota: Untuk menerima peringatan berdasarkan lokasi, anda mesti membenarkan Peringatan untuk menggunakan lokasi tepat anda. Pergi ke Seting
> Privasi > Perkhidmatan Lokasi, aktifkan Perkhidmatan Lokasi, ketik Peringatan, pilih Semasa Menggunakan App, kemudian aktifkan Lokasi Tepat.
Tetapkan peringatan: (Tersedia dalam senarai dikongsi) Ketik
, kemudian pilih orang pada senarai dikongsi (termasuk diri anda sendiri).
Setkan bendera: Ketik
untuk menandakan peringatan penting.
Lampirkan foto atau dokumen diimbas: Ketik
, kemudian ambil foto baru, pilih foto sedia ada daripada pustaka foto anda, atau imbas dokumen.
Untuk menambah lebih butiran ke peringatan, ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah nota: Dalam medan Nota, masukkan lebih info tentang peringatan.
Tambah pautan web: Dalam medan URL, masukkan alamat web. Peringatan memaparkan pautan sebagai imej kecil yang anda boleh ketik untuk pergi ke tapak web.
Dapatkan pemberitahuan semasa berbual dengan seseorang dalam Mesej: Aktifkan “Apabila berbalas mesej”, kemudian pilih seseorang daripada senarai kenalan anda. Peringatan muncul pada kali seterusnya anda berbual dengan orang itu dalam Mesej.
Setkan keutamaan: Ketik Keutamaan, kemudian pilih pilihan.
Ketik Selesai.
Petua: Dengan OS X 10.10 atau lebih baru, anda boleh menyerahkan peringatan apabila anda mengedit antara Mac dan iPad anda.
Tandakan peringatan sebagai selesai
Ketik bulatan kosong bersebelahan peringatan untuk menandakannya sebagai selesai dan menyembunyikannya.
Untuk nyahsembunyikan peringatan yang diselesaikan, ketik , kemudian ketik Tunjukkan Diselesaikan.
Edit berbilang peringatan pada masa yang sama
Ketik
, ketik Pilih Peringatan, kemudian pilih peringatan yang anda mahu edit. Atau seret dua jari pada peringatan yang anda mahu edit.
Gunakan butang di bahagian bawah skrin untuk menyelesaikan, membenderakan, menambah tarikh dan masa, mengalihkan, menetapkan atau memadamkan peringatan dipilih.
Alihkan atau padam peringatan
Susun semula peringatan dalam senarai: Sentuh dan tahan peringatan yang anda mahu alihkan, kemudian seretnya ke lokasi baru.
Cipta subtugas: Leret ke kanan pada peringatan, kemudian ketik Inden. Atau seret peringatan ke peringatan lain.
Jika anda memadam atau mengalihkan tugas induk, subtugas juga dipadam atau dialihkan. Jika anda menyelesaikan tugas induk, subtugas juga diselesaikan.
Alihkan peringatan ke senarai berlainan: Ketik peringatan, ketik
, ketik Senarai, kemudian pilih senarai.
Padam peringatan: Leret ke kiri pada peringatan, kemudian ketik Padam.
Petua: Untuk memadamkan peringatan dengan Apple Pencil, hanya coret ke atas peringatan.
Untuk memulihkan peringatan yang dipadam, goncang untuk membuat asal atau dwiketik dengan tiga jari.
Tukar seting Peringatan anda
Pergi ke Seting
> Peringatan.
Pilih pilihan seperti yang berikut:
Akaun: Tambah akaun seperti iCloud, Microsoft Exchange atau Yahoo.
Senarai Lalai: Pilih senarai untuk peringatan baru yang anda cipta di luar senarai tertentu, seperti peringatan yang anda cipta menggunakan Siri.
Peringatan Hari Ini: Setkan masa untuk menunjukkan peringatan untuk peringatan sepanjang hari yang telah ditetapkan tarikh tanpa masa.
Tunjukkan sebagai Lewat: Tarikh yang dijadualkan bertukar merah untuk peringatan sepanjang hari yang terlewat.
Senyapkan Pemberitahuan: Nyahaktifkan pemberitahuan untuk peringatan ditetapkan.