Kenal pasti bunyi menggunakan iPad
iPad anda boleh berterusan mendengar bunyi tertentu—seperti loceng pintu, siren atau bayi menangis—dan memaklumkan anda apabila ia mengenal pasti bunyi ini.
Nota: Jangan bergantung pada iPad anda untuk mengenal pasti bunyi dalam keadaan apabila anda mungkin menghadapi bahaya atau kecederaan, dalam situasi risiko tinggi atau kecemasan, atau untuk navigasi.
Sediakan Pengecaman Bunyi
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Pengecaman Bunyi, kemudian aktifkan Pengecaman Bunyi.
Ketik Bunyi, kemudian aktifkan bunyi yang anda mahu iPad kenal pasti.
Petua: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Pengecaman Bunyi dengan cepat, tambahkannya ke Pusat Kawalan.
Tambah penggera, perkakas atau loceng pintu tersuai
Anda juga boleh menyediakan iPad untuk mengecam penggera, perkakasan atau loceng pintu tersuai jika ia tidak dicam secara automatik.
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Pengecaman Bunyi > Bunyi.
Ketik Penggera Tersuai atau Perkakas Tersuai atau Loceng Pintu, kemudian masukkan nama.
Apabila penggera, perkakas atau loceng pintu anda telah sedia, letakkan iPad berdekatan bunyi dan minimumkan bunyi latar belakang.
Ketik Mula Mendengar, kemudian ikuti arahan atas skrin.