Tindakan dan gerak isyarat tetikus untuk iPad
Anda boleh menggunakan tetikus untuk membuka app, pergi ke Skrin Utama, buka Slide Over dan banyak lagi (peranti tetikus dijual secara berasingan).
Apabila iPad anda berdekatan Mac anda (macOS 12.3 atau lebih baharu diperlukan pada model disokong), anda juga boleh berkongsi tetikus antara kedua-dua peranti.
Nota: Tidak semua peranti tetikus serasi sepenuhnya dengan semua model iPad.
Tindakan tetikus
Tindakan | Perihalan | ||||||||||
![]() | Klik. Tekan tetikus sehingga anda merasa klik. | ||||||||||
![]() | Klik dan tahan. Tekan dan tahan tetikus. | ||||||||||
![]() | Seret. Klik dan tahan item, kemudian alihkan tetikus. | ||||||||||
![]() | Bangunkan iPad. Klik tetikus. Atau, jika anda menggunakan papan kekunci luaran, tekan sebarang kekunci. | ||||||||||
![]() | Buka Dock. Alihkan tetikus untuk menempatkan penuding di bahagian bawah skrin. | ||||||||||
![]() | Pergi ke Utama. Alihkan tetikus untuk menempatkan penuding di bahagian bawah skrin. Selepas Dock kelihatan, alihkan penuding melepasi bahagian bawah skrin. Atau, klik bar di bahagian bawah skrin (pada iPad dengan Face ID). | ||||||||||
![]() | Buka Penukar App. Dengan Skrin Utama kelihatan, alihkan penuding melepasi bahagian bawah skrin. Atau daripada app, seret bar di bahagian bawah skrin ke arah bahagian tengah skrin dan jeda (pada iPad dengan Face ID). | ||||||||||
![]() | Lihat Slide Over. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding melepasi pinggir kanan skrin. Untuk menyembunyikan Slide Over, alihkan penuding melepasi pinggir kanan skrin lagi. | ||||||||||
![]() | Buka Pusat Kawalan. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding bagi memilih ikon status di bahagian kanan atas, kemudian klik. Atau, alihkan penuding melepasi penjuru kanan atas skrin. | ||||||||||
![]() | Buka Pusat Pemberitahuan. Gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding bagi memilih ikon status di bahagian kiri atas, kemudian klik. Atau, gunakan tetikus untuk mengalihkan penuding melepasi bahagian atas skrin (berdekatan bahagian tengah). |
Gerak isyarat tetikus untuk Magic Mouse 2
Gerak Isyarat | Perihalan | ||||||||||
![]() | Skrol ke atas atau bawah. Luncur jari ke atas atau bawah pada permukaan tetikus. | ||||||||||
![]() | Skrol ke kiri atau kanan. Luncur jari ke kiri atau kanan pada permukaan tetikus. | ||||||||||
![]() | Klik kedua. Gunakan satu jari pada satu sisi tetikus untuk menunjukkan menu tindakan cepat apabila mengklik item seperti ikon pada Skrin Utama, mesej dalam peti mel, atau butang Kamera dalam Pusat Kawalan. Nota: Untuk mengaktifkan klik Kedua dan memilih sisi tetikus untuk digunakan, pergi ke Seting Jika anda menggunakan papan kekunci luaran, anda boleh menekan kekunci Control semasa anda mengklik tetikus. Pada tetikus berbilang butang, klik butang kedua. | ||||||||||
![]() | Buka Paparan Hari Ini. Apabila Skrin Utama atau Skrin Kunci kelihatan, leret ke kanan pada permukaan tetikus. | ||||||||||
![]() | Buka carian daripada Skrin Utama. Leret ke bawah pada permukaan tetikus. |