Buat senarai barang runcit dalam Peringatan pada iPad
Dalam app Peringatan, anda boleh mencipta senarai barang runcit untuk menjadikan beli-belah lebih mudah. Item diisih menjadi kategori seperti Barang Basah dan Makanan Laut secara automatik. Anda boleh menukar cara item dikumpulkan dan senarai mengingati keutamaan anda.
![App Peringatan menunjukkan senarai barang runcit dengan item dalam kategori seperti Barang Basah dan Makanan Laut.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/649085d47a2c9cfeedfad47db3ce090e.png)
Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.
Cipta senarai barang runcit baharu
Pergi ke app Peringatan
pada iPad anda.
Masukkan nama untuk senarai, ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.
Pilih warna dan simbol untuk senarai (pilihan).
Tukar senarai sedia ada menjadi senarai barang runcit
Pergi ke app Peringatan
pada iPad anda.
Ketik senarai, ketik
(di penjuru atas kanan), kemudian ketik Tunjukkan Info Senarai.
Ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.
Tambah item ke senarai barang runcit anda
Siri: Anda boleh menambah item menggunakan Siri dengan cepat. Sebutkan sesuatu seperti: “Tambahkan kentang pada senarai runcit saya.” Ketahui cara menggunakan Siri.
Atau tanpa menggunakan Siri:
Pergi ke app Peringatan
pada iPad anda.
Dalam senarai barang runcit anda, ketik Item Baharu, kemudian masukkan perihalan.
Untuk memasukkan lebih banyak maklumat, ketik Tambah Nota.
Ketik
untuk mengedit butiran item. Contohnya, anda boleh melampirkan foto, mengesetkan peringatan berdasarkan lokasi, atau membenderakan item penting.
Item yang ditambah ke senarai diletakkan dalam kategori secara automatik. Jika anda memasukkan item barang runcit dalam bahasa yang berbeza daripada bahasa sistem iPad, anda boleh menambah bahasa tambahan dalam Seting. (Pengkategorian barang runcit tersedia untuk bahasa yang disokong.)