Tonton memori dalam Foto pada iPad
Ciri Memori dalam app Foto mencipta koleksi foto dan video diperibadikan yang disetkan kepada muzik dan anda tontonnya seperti filem. Setiap memori menampilkan orang, tempat atau peristiwa penting daripada pustaka foto anda. Anda juga boleh mencipta memori anda sendiri dan berkongsinya dengan rakan dan keluarga anda.
![App Foto dibuka ke koleksi Memori. Tab Semua dipilih, dengan senarai memori di bawah.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/e56db8001e29564109e6bf91287d9694.png)
Mainkan memori
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Memori dalam bar sisi, kemudian ketik memori untuk memainkannya.
Semasa anda menonton, anda boleh melakukan mana-mana daripada berikut:
Jeda: Ketik skrin, kemudian ketik
.
Undur atau maju: Leret kiri atau kanan pada skrin. Atau ketik skrin, kemudian luncur bingkai di bahagian bawah skrin ke kiri atau ke kanan.
Tutup memori: Ketik skrin, kemudian ketik
.
Petua: Untuk mengeset memori untuk menggelung, ketik , kemudian ketik Gelung Filem.
Cipta memori
Anda boleh mencipta memori anda sendiri daripada peristiwa, hari tertentu dalam pustaka anda, atau album.
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik koleksi atau album sedia ada, kemudian ketik Filem untuk menonton foto dan video sebagai memori.
Untuk mencipta memori dari awal, cipta album foto, kemudian ikuti langkah di atas untuk menontonnya sebagai memori.
Jika anda mempunyai iPad yang menyokong Apple Intelligence, anda boleh menggunakan Apple Intelligence untuk mencipta filem memori. Perihalkan kisah yang anda mahu lihat dan Apple Intelligence akan mencari foto dan video yang terbaik, mencipta jalan cerita dan mengesetkannya kepada muzik. Lihat Cipta filem memori.
Kongsi memori sebagai video
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Memori dalam bar sisi, kemudian ketik memori yang anda mahu kongsikan.
Semasa memori bermain, ketik skrin, kemudian ketik
.
Ketik Kongsi Filem, kemudian pilih pilihan perkongsian, seperti AirDrop, Mesej, atau Mail.
Petua: Untuk hanya menghantar foto dalam memori dan bukannya filem penuh, ketik Foto di bahagian bawah skrin , ketik , kemudian ketik Kongsi Foto.
Kongsi semua foto daripada memori
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Memori dalam bar sisi, kemudian ketik memori yang anda mahu kongsikan.
Semasa memori dimainkan, ketik skrin, kemudian ketik Foto.
Ketik
, kemudian ketik Kongsi Foto.
Pilih kaedah perkongsian seperti AirDrop, Mesej atau Mail.
Tambah memori ke Kegemaran
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Memori dalam bar sisi, kemudian ketik
di penjuru kanan atas memori.
Untuk melihat memori kegemaran anda, ketik Memori, kemudian ketik Kegemaran.
Padamkan memori
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Memori dalam bar sisi, kemudian sentuh dan tahan memori yang anda mahu padam.
Ketik Padam Memori.