Tukar antara app pada iPad
Anda boleh menggunakan Dock, Penukar App, atau gerak isyarat untuk bertukar daripada satu app ke app lain dengan cepat pada iPad anda. Apabila anda bertukar semula, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti.
Buka app daripada Dock
Leret ke atas dari pinggir bawah skrin secukupnya untuk mendedahkan Dock, kemudian ketik app yang anda mahu buka.
App kegemaran berada di sebelah kiri Dock dan app yang dicadangkan—seperti yang anda buka terbaru dan yang dibuka pada iPhone atau Mac anda—kelihatan di sebelah kanan Dock. Butang paling kanan dalam Dock membuka Pustaka App.
![Skrin Utama dengan Dock menunjukkan tujuh app kegemaran di sebelah kiri dan tiga app yang dicadangkan di sebelah kanan. Ikon paling kanan dalam Dock membuka Pustaka App.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/0686c8c9af1b80bcf695b52e556b3420.png)
Gunakan Penukar App
Untuk melihat semua app terbuka anda, ruang kerja Split View dan tetingkap Slide Over dalam Penukar App, lakukan salah satu daripada berikut:
Pada semua model iPad: Leret ke atas dari bahagian bawah skrin, jeda di tengah skrin, kemudian angkat jari anda.
Pada iPad dengan butang Utama: Dwiklik butang Utama.
Untuk melayari app terbuka, leret ke kanan, kemudian ketik ruang kerja app atau Split View yang anda mahu gunakan.
Anda boleh melihat tetingkap Slide Over dengan meleret ke kiri dan bertukar antara tetingkap dengan mengetiknya. Lihat Bertukar antara app dalam Slide Over.
Tukar antara app dibuka
Untuk bertukar antara app terbuka, lakukan salah satu daripada yang berikut:
Leret ke kiri atau kanan dengan satu jari di sepanjang pinggir bawah skrin. (Pada iPad dengan butang Utama, laksanakan gerak isyarat dengan sedikit lengkung.)
Leret ke kiri atau kanan dengan empat atau lima jari.