Navigasi dan bentangkan adegan dalam papan Freeform anda pada iPad
Anda boleh menyimpan adegan—paparan papan anda yang disimpan—untuk menyusun papan anda kepada bahagian, kemudian navigasi dan bentangkan bahagian papan itu kepada orang lain dengan cepat. Adegan membenarkan anda mengenal pasti dan melabel kandungan supaya anda boleh membentangkan papan anda, bahagian demi bahagian dan menyusun semula tertib yang anda membentangkan papan anda. Anda juga boleh menggunakan adegan untuk mengenal pasti bahagian papan anda yang anda mahu cetak atau eksport sebagai PDF.
![Papan Freeform dengan Penavigasi Adegan dibuka dan beberapa gambaran yang disimpan.](https://help.apple.com/assets/67104D22F226C776D000105C/67104D286F23797D0F06FC1D/ms_MY/df3fe2c15e5d41ebc35414b46000c7b0.png)
Simpan adegan
Pergi ke app Freeform
pada iPad anda.
Buka papan dengan kandungan.
Zum dan skrol sehingga anda membingkaikan bahagian papan yang anda mahu pada skrin untuk adegan pertama anda.
Ketik
.
Penavigasi Adegan dibuka di bahagian kiri bawah papan anda.
Ketik
, kemudian ketik Tambah Adegan.
Ulang langkah ini sehingga anda menangkap semua adegan yang anda mahu: Bingkaikan adegan anda yang seterusnya, ketik
, kemudian ketik Tambah Adegan.
Petua: Jangan risau tentang menyimpan adegan mengikut tertib. Anda boleh mengedit turutannya selepas anda menangkap gambaran.
Navigasi adegan
Pergi ke app Freeform
pada iPad anda.
Buka papan dengan adegan yang disimpan.
Ketik
, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik
, kemudian ketik adegan yang anda mahu pergi.
Ketik
dan
untuk bergerak antara adegan.
Nota: Perkara yang anda (dan orang lain) lihat mungkin bergantung pada peranti yang digunakan untuk melihat papan dan cara ia ditempatkan. Contohnya, untuk iPhone dan iPad, mod potret atau landskap mungkin menjejaskan cara adegan dibingkaikan.
Edit adegan
Pergi ke app Freeform
pada iPad anda.
Buka papan dengan adegan yang disimpan.
Ketik
, kemudian ketik
.
Ketik Edit, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar nama adegan: Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Bingkai semula adegan: Sentuh dan tahan nama adegan, kemudian ketik Gantikan Adegan.
Susun semula tertib paparan: Keitk Edit, ketik
, kemudian seret adegan ke atas atau bawah.
Padam adegan: Ketik
, kemudian ketik Padam.
Ketik Selesai.
Cetak atau eksport semua adegan
Pergi ke app Freeform
pada iPad anda.
Buka papan dengan adegan yang disimpan.
Ketik
, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ketik Cetak, ketik Adegan, kemudian ketik Cetak.
Ketik Eksport sebagai PDF, ketik Adegan, kemudian pilih cara anda mahu kongsinya atau ketik Simpan ke Fail
Petua: Adegan dicetak atau dieksport adalah lalai kepada saiz peranti yang anda gunakan. Untuk mencetak adegan yang asalnya dibingkaikan, ketik Pilihan Freeform, kemudian ketik Peranti Rakaman.
Cetak atau eksport satu adegan
Pergi ke app Freeform
pada iPad anda.
Buka papan dengan adegan yang disimpan.
Ketik
, kemudian ketik
.
Sentuh dan tahan nama adegan, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Ketik Cetak Adegan, kemudian ketik Cetak.
Ketik Eksport Adegan sebagai PDF, ketik Eksport, kemudian pilih cara anda mahu kongsinya atau ketik Simpan ke Fail.
Petua: Jika anda telah berada dalam Penavigasi Adegan, anda boleh mengetik bersebelahan mana-mana adegan yang anda mahu cetak atau eksport.
Semua kolaborator boleh mengakses sebarang adegan disimpan di papan.