Tukar app lalai pada iPad
Dengan iPadOS 18.2 atau lebih baharu, anda boleh memilih app alternatif pihak ketiga—e-mel, pemesejan, panggilan, penapis panggilan, pelayaran web, kata laluan atau papan kekunci—sebagai lalai untuk dilancarkan berbanding app terbina dalam Apple. Pastikan app yang anda mahu bertukar menyokong ciri ini. Jika anda tidak pasti, hubungi pembangun app.
Tukar app lalai anda
Pergi ke Seting
> App > App Lalai.
Ketik mana-mana daripada berikut:
E-mel: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima e-mel.
Pemesejan: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima mesej.
Panggilan: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima panggilan.
Penapis Panggilan: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan sekatan panggilan dan pengenalpastian.
App Pelayar: Untuk menukar app lalai bagi membuka pautan pada web.
Kata Laluan & Kod: Bahagian ini membolehkan anda mengaktifkan atau menyahaktifkan Autoisi Kata Laluan dan Kunci Laluan bagi app dan tapak web serta app kata laluan, kunci laluan dan penjanaan serta pengesahan kod.
Papan Kekunci: Untuk menambah atau memadam papan kekunci dan app papan kekunci pihak ketiga.
Pilih app yang anda mahu gunakan sebagai lalai.