Cipta album dikongsi dalam Foto pada iPad
Dengan ciri Album Dikongsi, anda boleh mencipta album untuk berkongsi foto dan video hanya dengan pelanggan yang anda pilih—dan mereka boleh menambah foto, video dan komen mereka sendiri untuk dilihat oleh semua orang. Jika anda mengesetkan album dikongsi, anda juga boleh menamakan semula atau memadamkannya.
Sebelum anda bermula
Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada iPad anda dan sebarang peranti lain yang anda mahu gunakan dengan Album Dikongsi.
Pergi ke Seting
> [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian aktifkan Album Dikongsi.
Cipta album dikongsi
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik
untuk menunjukkan bar sisi, kemudian ketik Album Dikongsi.
Ketik Album Dikongsi, kemudian ketik Cipta.
Masukkan nama untuk album, kemudian ketik Selesai.
Untuk menjemput orang, ketik Jemput. Masukkan nama kenalan yang anda mahu tambah, atau taipkan alamat e-mel atau nombor telefon yang dikaitkan dengan Akaun Apple penerima. Lihat Jemput atau keluarkan orang.
Sertai album dikongsi
Apabila anda dijemput untuk menyertai album dikongsi, pemberitahuan kelihatan pada skrin iPad anda.
Ketik Pemberitahuan, kemudian ketik Terima pada album dalam app Foto.
Jika anda tidak menyertai album dikongsi dengan mengetik pemberitahuan, anda juga boleh melakukan yang berikut:
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Untuk Anda.
Ketik terima pada album baharu, di bawah Aktiviti Album Dikongsi.
Nota: Orang yang mencipta album menerima pemberitahuan apabila pelanggan menerima jemputan untuk menyertai album dikongsi.
Namakan semula album dikongsi
Pencipta album dikongsi boleh menukar namanya.
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Album Dikongsi dalam bar sisi, kemudian ketik album.
Ketik
, kemudian ketik Butiran Album Dikongsi.
Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Padamkan atau keluarkan diri anda daripada album dikongsi.
Pergi ke app Foto
pada iPad anda.
Ketik Album Dikongsi dalam bar sisi, kemudian ketik album.
Ketik
.
Ketik Padam Album Dikongsi jika anda mencipta album, atau ketik Nyahlanggan jika anda pelanggan.
Foto yang anda simpan atau muat turun daripada album dikongsi ke pustaka foto anda kekal dalam pustaka anda walaupun album dikongsi dipadamkan, atau orang yang mencipta album berhenti berkongsi album. Lihat Simpan foto dan video daripada album dikongsi ke pustaka foto anda.