Kongsi foto iPad dengan Album Dikongsi dalam iCloud
Dengan Album Dikongsi dalam app Foto , anda boleh memilih foto dan video dengan hanya orang yang anda pilih. Mereka juga boleh menambah foto, video dan komen mereka sendiri. Album Dikongsi berfungsi dengan atau tanpa Foto iCloud dan Strim Foto Saya.
Aktifkan Album Dikongsi
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud > Foto, kemudian aktifkan Album Dikongsi.
Cipta album dikongsi baharu
Leret daripada penjuru kiri skrin atau ketik
untuk menunjukkan bar sisi.
Ketik Album Dikongsi Baharu di bawah Album Dikongsi.
Namakan album, kemudian ketik Seterusnya.
Pilih orang untuk dijemput, atau taipkan alamat e-mel atau nombor telefon, kemudian ketik Cipta.
Aktifkan penglihatan awam dalam iCloud
Pilih album dikongsi dalam bar sisi.
Ketik
, kemudian aktifkan Tapak Web Awam.
Tambah foto dan video ke album dikongsi
Pilih album dikongsi dalam bar sisi, kemudian ketik
.
Pilih semua item yang anda mahu tambah, kemudian ketik Selesai.
Tambah komen jika anda mahu, kemudian ketik Siar.
Apabila Tapak Web Awam diaktifkan, sesiapa sahaja dengan URL iCloud boleh melihat album.
Tambah atau keluarkan pelanggan, atau aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan
Pilih album dikongsi, ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Tambah pelanggan: Ketik Jemput Orang, kemudian masukkan nama pelanggan yang anda mahu tambah.
Pelanggan boleh menambah foto dan video kepada album. Ketik butang Pelanggan Boleh Menyiar supaya anda boleh menambah foto dan video. Ketik lagi untuk membenarkan pelanggan untuk menyiarkan.
Keluarkan pelanggan: Ketik nama pelanggan, kemudian ketik Keluarkan Pelanggan.
Nyahaktifkan pemberitahuan: Ketik butang Pemberitahuan. Ketik lagi untuk mengaktifkan Pemberitahuan.
Padamkan foto, video dan komen daripada album dikongsi
Anda mestilah pemilik album dikongsi untuk memadamkan foto atau video.
Padamkan foto dan video: Dalam album dikongsi, ketik Pilih. Pilih foto atau video yang anda mahu padamkan, kemudian ketik
.
Padamkan komen: Semasa melihat komen dalam album dikongsi, ketik dan tahan, kemudian ketik Padam.
Namakan semula album dikongsi
Ketik Edit di bahagian atas bar sisi.
Sentuh dan tahan nama album sehingga kursor kelihatan, kemudian masukkan nama baharu.
Melanggan ke album dikongsi
Apabila anda menerima jemputan, ketik , ketik Terima. Anda juga boleh menerima jemputan dalam e-mel.
Nota: Untuk menggunakan Album Dikongsi, iPad anda mesti disambungkan ke Wi-Fi. Album Dikongsi berfungsi menerusi kedua-dua rangkaian Wi-Fi dan selular. Caj data selular mungkin dikenakan. Lihat Sambung ke internet.