Sediakan kamera keselamatan dalam Rumah pada iPad
Anda boleh menggunakan app Rumah untuk melihat aktiviti video yang dirakam oleh kamera Video Selamat HomeKit rumah anda apabila orang, haiwan, kenderaan atau penghantaran bungkusan dikesan.
Video yang dirakam oleh kamera anda dianalisis dan disulitkan secara peribadi pada peranti hab rumah anda (HomePod, Apple TV, atau iPad) dan dimuat naik secara selamat ke iCloud supaya hanya anda dan orang yang anda berkongsi video boleh melihat video. Lihat Tapak web aksesori rumah untuk senarai kamera keselamatan yang serasi.
Jika anda melanggan iCloud+, anda boleh melihat aktiviti 10 hari terakhir daripada satu hingga bilangan tidak terhad kamera Video Selamat HomeKit. Pelan iCloud+ 50 GB menyokong kamera tunggal, pelan iCloud+ 200 GB menyokong sehingga lima kamera dan pelan iCloud+ 2 TB menyokong bilangan kamera yang tidak terhad.
Nota: Kandungan video tidak diambil kira dalam had storan iCloud anda.
Pilihan kamera
Apabila anda menambah kamera Video Selamat HomeKit dalam app Rumah, anda akan diminta untuk memilih pilihan penstriman dan rakaman serta menetapkan kamera pada bilik. Secara lalai, kamera ditanda sebagai kegemaran dan kelihatan dalam tab Rumah. Untuk mengedit seting ini kemudian, sentuh dan tahan butang Kamera, kemudian ketik untuk melihat pilihan ini:
Bilik: Kamera boleh diletakkan di dalam bilik di rumah anda, atau anda boleh mencipta bilik untuk lokasi luar seperti anjung depan atau belakang rumah anda.
Pemberitahuan: Pilih untuk menerima pemberitahuan apabila kamera mengesan aktiviti, menukar status atau ke luar talian.
Pilihan Rakaman: Anda boleh mencipta seting rakaman yang berasingan apabila anda berada di rumah dan apabila anda tiada di rumah. Contohnya, apabila anda berada di rumah, anda mungkin memilih untuk menghentikan penstriman dan rakaman daripada kamera di dalam rumah anda, tetapi terus untuk menstrim dan merakam daripada kamera luar.
Nota: App Rumah menggunakan lokasi peranti kepunyaan ahli rumah untuk menukar antara mod Rumah dan Di Luar. Contohnya, apabila anda bertolak ke tempat kerja dengan iPad anda, kamera bertukar daripada seting Apabila di Rumah ke seting Apabila Tiada.
Sediakan pemberitahuan
Dalam app Rumah
, ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Ketik Kamera & Loceng Pintu.
Ketik kamera yang anda mahu konfigurasikan pemberitahuan.
Ketik Pemberitahuan, kemudian aktifkan Pemberitahuan Aktiviti.
Anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan berdasarkan faktor ini:
Masa dalam hari
Apabila seseorang berada atau tidak berada di rumah
Apabila klip dirakam
Apabila sebarang pergerakan atau pergerakan khusus dikesan
Apabila anda memilih pergerakan khusus, anda menerima pemberitahuan apabila kamera mengesan orang, haiwan atau kenderaan, atau apabila bungkusan dihantar. Untuk bungkusan dikesan, ia mesti berada dalam paparan kamera selepas penghantaran.
Petua: Memilih pergerakan khusus dan bukannya sebarang pergerakan menghasilkan kurang klip (dan kurang pemberitahuan klip) serta kurang video untuk disemak. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mengesan orang, kamera anda tidak akan menangkap pergerakan daun pada pokok atau tupai melompat dari satu dahan ke dahan lain.
Cipta Zon Aktiviti
Anda boleh mencipta zon yang memfokuskan kamera anda pada kawasan paling penting dalam pandangannya—contohnya, laluan pejalan kaki depan tetapi bukan laluan tepi di belakangnya. Anda boleh diisyaratkan apabila pergerakan dikesan dalam zon ini.
Nota: Anda boleh mencipta Zon Aktiviti hanya untuk kamera yang disediakan untuk merakam apabila pergerakan khusus dikesan. Zon Aktiviti tidak akan mempengaruhi automasi pengesanan pergerakan.
Ketik Rumah dalam bar sisi, sentuh dan tahan kamera, kemudian ketik
.
Ketik Zon Aktiviti, ketik pada video untuk mencipta zon, kemudian ketik Tambah Zon.
Untuk menjadikan kamera anda mengesan pergerakan hanya di luar zon yang anda tentukan, ketik Terbalikkan Zon.
Cipta sebarang zon tambahan yang anda mahu dalam pandangan kamera—contohnya, satu untuk jalan masuk dan satu untuk peti mel.
Ketik Selesai.
Untuk mengeluarkan zon aktiviti, ketik Pilih Zon Aktiviti, ketik dalam zon, kemudian ketik Kosongkan.

Lihat video
Ketik Rumah dalam bar sisi, kemudian ketik kamera.
Video langsung sepatutnya dimainkan secara automatik.
Leret menerusi garis masa di bahagian bawah skrin untuk melayari klip yang dirakam.
Ketik klip untuk memainkannya.
Cubit buka klip ke kiri dan kanan untuk menunjukkan garis masa, kemudian seret untuk pergi ke depan atau belakang menerusi video.
Ketik Langsung untuk menukar kembali ke video langsung.
Apabila anda menyediakan kamera untuk mengesan pergerakan khusus, garis masa memaparkan simbol unik untuk orang, haiwan, kenderaan dan bungkusan.
Anda juga boleh melihat video langsung dan dirakam dalam app Rumah pada Mac anda dengan macOS 10.15.1.
Pilih pilihan akses
Untuk membenarkan orang lain untuk melihat video daripada kamera anda, ikuti langkah ini:
Ketik
, kemudian ketik Seting Rumah.
Jika anda mempunyai lebih daripada satu rumah, ketik nama rumah yang anda mahu berikan akses.
Di bawah tajuk Orang, kemudian ketik orang.
Ketik Kamera, kemudian pilih pilihan.
Untuk mengetahui cara untuk membenarkan orang lain untuk melihat video daripada kamera anda, lihat Benarkan orang lain untuk mengawal aksesori dalam rumah anda.