Tambahkan dan keluarkan akaun e-mel pada iPad
Dalam app Mail , anda boleh menambahkan akaun e-mel untuk menghantar dan menerima e-mel, serta mengeluarkan akaun e-mel yang anda tidak lagi perlukan.
Tambah akaun e-mel
Kali pertama anda membuka app Mail pada iPad, anda mungkin diminta untuk menyediakan akaun e-mel—hanya ikuti arahan atas skrin.
Untuk menambah akaun e-mel tambahan, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
> Mail > Akaun > Tambah Akaun.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik perkhidmatan e-mel—contohnya, iCloud atau Microsoft Exchange—kemudian masukkan maklumat akaun e-mel anda.
Ketik Lain, ketik Tambah Akaun Mail, kemudian masukkan maklumat akaun e-mel anda.
Keluarkan akaun e-mel
Pergi ke Seting
> Mail > Akaun.
Ketik akaun e-mel yang anda mahu keluarkan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Jika anda mengeluarkan akaun e-mel iCloud: Ketik iCloud, ketik Mail iCloud, kemudian nyahaktifkan Mail iCloud.
Jika anda mengeluarkan akaun e-mel lain: Nyahaktifkan Mail.
Nota: Untuk mengeluarkan akaun e-mel daripada semua app pada iPad anda, ketik Padam Akaun.