Padam iPad
Apabila anda memadamkan data, ia tidak lagi boleh diakses menerusi antara muka iPad, tetapi tidak dipadamkan daripada storan iPad. Untuk mengeluarkan semua kandungan dan seting anda daripada storan, padamkan iPad. Contohnya, padam iPad sebelum anda menjualnya atau memberikannya kepada orang lain. Jika anda mahu menyimpan kandungan dan seting anda, sandarkan iPad sebelum memadamkannya.
Anda boleh memadamkan iPad daripada Seting . Jika anda tidak boleh membuka Seting, anda boleh menggunakan komputer untuk memadamkan iPad.
Padam semua kandungan dan seting daripada iPad
Pergi ke Seting
> Umum > Pindahkan atau Reset iPad.
Jika anda memadamkan iPad anda kerana anda mahu menggantikannya dengan iPad baharu yang anda miliki, anda boleh menggunakan storan tambahan percuma pada iCloud untuk mengalihkan app dan data anda ke peranti baharu tersebut. Ketik Mulakan, ikuti arahan atas skrin, kemudian kembali ke Seting > Umum > Pindahkan atau Reset iPad.
Ketik Padam Semua Kandungan dan Seting.
Apabila iPad bermula semula dengan semua kandungan dan seting dipadamkan, anda mempunyai pilihan untuk menyediakan iPad sebagai baharu atau memulihkannya daripada sandaran. Lihat Hidupkan dan sediakan iPad.
Nota: Jika anda diminta untuk memasukkan kod laluan anda dan anda terlupanya, lihat Reset kod laluan. Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan Apple ID anda dan anda terlupanya, lihat Tapak web pulihkan Apple ID anda.
Gunakan komputer untuk memadamkan semua kandungan dan seting daripada iPad
Anda boleh menggunakan Mac atau Windows PC untuk memadamkan semua data dan seting daripada iPad anda, memulihkan iPad kepada seting kilang dan memasang perisian terkini iPadOS. Sebagai contoh, jika anda tidak boleh membuka Seting pada iPad, anda boleh menggunakan pendekatan ini untuk memulihkan iPad ke seting kilang.
Sebelum iPad dipadamkan, anda mempunyai pilihan untuk menyandarkan iPad. Jika anda membuat sandaran, anda boleh menggunakan sandaran untuk memulihkan data dan seting anda pada iPad anda atau peranti baharu. Lihat Pulihkan iPad daripada sandaran komputer.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Pada Mac: Dalam bar sisi Finder, pilih iPad anda, klik Umum di bahagian atas tetingkap, kemudian klik Pulihkan iPad.
Untuk menggunakan Finder bagi menyandarkan iPad kepada seting kilang, macOS 10.15 atau lebih baharu diperlukan. Dengan versi terdahulu macOS, gunakan iTunes untuk memulihkan iPad.
Pada Windows PC: Pasang atau kemas kini ke versi terbaharu iTunes pada PC anda (Lihat artikel Sokongan Apple Kemas kini ke versi terkini iTunes). Buka iTunes, klik butang iPad berhampiran bahagian kiri atas tetingkap iTunes, klik Ringkasan, kemudian klik Pulihkan iPad.
Ikuti arahan atas skrin.
Lihat artikel Sokongan Apple Jika anda tidak boleh mengemas kini atau memulihkan iPad anda.