Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Keluarkan AirTag atau item lain daripada Cari pada iPad
Anda boleh menggunakan app Cari untuk mengeluarkan AirTag atau item pihak ketiga daripada Apple ID anda supaya orang lain boleh mendaftarkannya.
Ketahui cara mendaftarkan AirTag atau item pihak ketiga.
Ketik Item di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik item yang anda mahu keluarkan.
Dekatkan item dengan iPad anda.
Jika item tidak berdekatan dengan peranti, anda masih boleh mengeluarkannya daripada akaun anda. Namun begitu, item mesti direset sebelum orang lain boleh mendaftarkannya ke Apple ID mereka.
Ketik Keluarkan Item, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Nota: Ikut arahan pengeluar untuk mereset item. Untuk AirTag, lihat artikel Sokongan Apple Cara mengeset AirTag anda.