Tambah atau keluarkan rakan dalam Cari pada iPad
Dalam app Cari , setelah anda berkongsi lokasi anda dengan rakan, anda boleh meminta untuk melihat lokasi mereka pada peta.
Minta untuk melihat lokasi rakan
Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang lokasinya anda mahu lihat.
Jika anda tidak melihat nama orang, pastikan anda berkongsi lokasi anda dengan mereka.
Ketik Minta untuk Mengikuti Lokasi.
Selepas rakan anda menerima dan mendapat permintaan, anda boleh melihat lokasi mereka. Lihat Balas kepada permintaan berkongsi lokasi.
Nota: Jika anda melihat nama rakan anda dalam senarai Orang tetapi tidak melihat lokasi mereka pada peta, tanya mereka jika mereka berkongsi lokasi mereka dan Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi > Perkhidmatan Lokasi > Cari.
Keluarkan rakan
Apabila anda mengeluarkan rakan, orang itu dikeluarkan daripada senarai Orang anda dan anda dikeluarkan daripada senarainya.
Ketik Orang di bahagian kiri bawah skrin, kemudian ketik nama orang yang anda mahu keluarkan.
Ketik Keluarkan [nama], kemudian ketik Keluarkan.
Anda juga boleh meleret ke kiri merentas nama orang, kemudian ketik ikon Sampah.