Tunjukkan peratusan bateri iPad
Anda boleh melihat jumlah cas yang tinggal dalam bateri iPad anda di bar status. Anda juga boleh menambah widget ke Skrin Utama untuk memantau paras bateri iPad anda dan aksesori yang disambungkan (termasuk AirPods, Apple Pencil dan banyak lagi).
Lihat peratusan bateri iPad dalam bar status
Pergi ke Seting > Bateri, kemudian aktifkan Peratusan Bateri.
Tambah widget Bateri ke Skrin Utama anda
Sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga app mula bergoyang.
Ketik
di bahagian atas skrin, kemudian ketik Bateri.
Leret ke kiri dan kanan menerusi widget Status Bateri untuk melihat pilihan saiz.
Saiz berbeza memaparkan maklumat yang berbeza.
Apabila anda melihat saiz yang anda mahu, ketik Tambah Widget, kemudian ketik Selesai.
Lihat Tambah widget pada iPad.
Untuk memahami cara bateri anda berfungsi supaya anda boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, lihat tapak web Bateri Litium-ion Apple.