Jejak peristiwa dalam Kalendar pada iPad
Dalam app Kalendar , anda boleh menyesuaikan pemberitahuan yang memberitahu anda tentang peristiwa Kalendar akan datang, jemputan dan banyak lagi. Anda juga boleh memastikan peristiwa dan maklumat kalendar lain anda terkini pada semua peranti anda.
Sesuaikan pemberitahuan Kalendar
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan > Kalendar.
Aktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Ketik jenis peristiwa (sebagai contoh, Peristiwa Akan Datang), kemudian pilih cara dan tempat yang anda mahu pemberitahuan untuk peristiwa tersebut kelihatan—sebagai contoh, pada Skrin Kunci, dalam Pusat Pemberitahuan, sebagai sepanduk di bahagian atas skrin, dengan bunyi isyarat dan sebagainya.
Pastikan Kalendar anda terkini merentas semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud untuk memastikan maklumat Kalendar anda terkini pada semua peranti anda yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Kalendar.
Jika anda tidak mahu menggunakan iCloud untuk Kalendar, anda boleh menyelaraskan maklumat Kalendar antara iPad dan komputer anda. Lihat Selaraskan iPad dengan komputer anda.