Edit atau padam rakaman dalam Memo Suara pada iPad
Dalam app Memo Suara , anda boleh menggunakan alatan pengeditan untuk menala halus rakaman anda. Anda boleh mengeluarkan bahagian yang anda tidak mahu, merakam ke atas bahagian, atau menggantikan keseluruhan rakaman.
Potong lebihan
Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu edit, kemudian ketik Edit di bahagian kanan atas.
Ketik
di bahagian kanan atas, kemudian seret pemegang pangkas kuning untuk merangkumi bahagian yang anda mahu simpan atau padam.
Anda boleh cubit buka untuk zum masuk pada bentuk gelombang untuk pengeditan yang lebih tepat.
Untuk menyemak pilihan anda, ketik
.
Untuk menyimpan pilihan (dan memadam baki rakaman), ketik Pangkas, atau untuk memadam pilihan, ketik Padam.
Ketik Simpan, kemudian ketik Selesai.
Gantikan rakaman
Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu gantikan, kemudian ketik Edit di bahagian kanan atas.
Seret bentuk gelombang ke kedudukan penunjuk main yang anda mahu mula merakam audio baharu.
Anda boleh cubit buka untuk zum masuk pada bentuk gelombang untuk penempatan yang lebih tepat.
Ketik Gantikan untuk memulakan rakaman (bentuk gelombang bertukar merah semasa anda merakam).
Ketik
untuk jeda; ketik Teruskan untuk meneruskan.
Untuk menyemak rakaman anda, ketik
.
Ketik selesai untuk menyimpan perubahan.
Padam rakaman
Lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam senarai rakaman, ketik rakaman yang anda mahu padamkan, kemudian ketik
.
Ketik Edit di bahagian atas senarai rakaman, pilih satu atau lebih rakaman, kemudian ketik Padam.
Rakaman dipadam dialihkan ke folder Terbaharu Dipadam dan disimpan selama 30 hari secara lalai. Untuk menukar berapa lama rakaman dipadam disimpan, pergi ke Seting > Memo Suara > Kosongkan Memo Dipadam, kemudian pilih pilihan.
Pulihkan atau padamkan rakaman dipadam
Ketik folder Terbaharu Dipadam, kemudian ketik rakaman yang anda mahu pulihkan atau padamkan.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pulihkan rakaman dipadam: Ketik Pulihkan.
Pulihkan semuanya dalam folder Terbaharu Dipadam: Ketik Edit di bahagian atas senarai Terbaharu Dipadam, kemudian ketik Pulihkan Semua.
Padamkan semuanya dalam folder Terbaharu Dipadam: Ketik Edit di bahagian atas senarai Terbaharu Dipadam, kemudian ketik Padamkan Semua.