Tonton bersama menggunakan SharePlay dalam app Apple TV pada iPad
Dalam app Apple TV dengan iPadOS 15.1 atau lebih baharu, anda boleh menstrim rancangan TV dan filem selaras dengan rakan dan keluarga semasa dalam panggilan FaceTime bersama menggunakan SharePlay. Kawalan dikongsi supaya semua orang pada panggilan boleh menjeda, memutar balik atau maju pantas. Dengan kelantangan pintar, audio media dilaraskan secara automatik, jadi anda boleh terus berbual semasa menonton. (Seting seperti sari kata dan kelantangan dikawal secara berasingan oleh setiap orang.)

Nota: Sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan. Untuk menonton filem atau rancangan TV yang dibeli bersama-sama, semua peserta SharePlay mesti telah membeli item. SharePlay mungkin tidak menyokong perkongsian sesetengah filem atau rancangan TV merentas negara atau rantau berbeza. FaceTime, sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Mulakan SharePlay dalam app Apple TV
Dalam iPadOS 15.4 atau lebih baharu, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dalam app Apple TV semasa anda melayari atau menonton kandungan video dan berkongsi item selaras dengan orang lain menggunakan SharePlay. Semua orang pada panggilan perlu mempunyai akses ke kandungan pada peranti mereka sendiri (contohnya, menerusi langganan atau pembelian).
Cari rancangan atau filem yang anda mahu kongsi, kemudian ketik item untuk melihat butirannya.
Ketik
, kemudian ketik SharePlay.
Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu berkongsi dengannya, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mula atau Main untuk mula menggunakan SharePlay.
Untuk mula menonton, penerima mengetik Buka.
Nota: Jika kandungan memerlukan langganan, orang yang tidak melanggan boleh melanggan sebelum menonton.
Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay pada Apple TV
Selepas video mula dimainkan, anda boleh menstrimnya ke Apple TV anda untuk dinikmati pada skrin besar. Ketik , kemudian pilih Apple TV sebagai destinasi main balik.
Video bermain dengan selaras pada Apple TV dan anda boleh meneruskan perbualan pada iPad anda.
Lihat Tonton bersama-sama menggunakan SharePlay dalam Panduan Pengguna Apple TV.