Tonton bersama menggunakan SharePlay pada Apple TV
Dengan SharePlay, anda boleh menonton filem, rancangan atau video muzik dengan sesiapa sahaja, di mana jua.
Anda mengakses SharePlay melalui dua cara, bergantung pada model Apple TV yang anda miliki:
Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu): Mulakan panggilan FaceTime dalam app FaceTime pada Apple TV dengan iPhone atau iPad sebagai Kamera Kesinambungan, kemudian mula menonton filem, rancangan atau muzik video.
Apple TV HD atau 4K (generasi pertama): Mulakan panggilan FaceTime pada iPhone, iPad atau Mac anda (memerlukan iOS 15.1, iPadOS 15.1 dan macOS Ventura 13.0 atau lebih baharu), kemudian mula menonton filem, rancangan atau video muzik.
Main balik bermula secara serentak untuk semua orang dalam panggilan dan semua orang boleh mengawal main balik daripada peranti mereka—supaya anda dan rakan anda boleh bergelak ketawa, menangis, menjerit atau mengeluh pada masa yang sama.
Nota: Sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan. Jika anda menonton filem atau rancangan TV yang dibeli, semua peserta SharePlay mesti juga membeli item untuk menontonnya bersama-sama. Sesetengah filem dan rancangan TV mungkin tidak tersedia untuk tontonan SharePlay di sesetengah negara atau rantau.
Mulakan SharePlay daripada FaceTime pada Apple TV
Anda boleh memulakan SharePlay semasa anda dalam panggilan FaceTime pada Apple TV 4K (generasi ke-2 atau lebih baharu).
Lakukan satu daripada berikut:
Mulakan panggilan FaceTime pada Apple TV.
Pindahkan panggilan FaceTime ke Apple TV.
Lakukan satu daripada berikut:
Tekan atau pada kawalan jauh anda untuk pergi ke Skrin Utama.
Panggilan FaceTime kelihatan dalam mod Gambar dalam Gambar.
Dalam app FaceTime pada Apple TV, tunjukkan kawalan, pilih , kemudian pilih app dicadangkan yang menyokong FaceTime.
Navigasi ke rancangan TV atau filem yang anda mahu tonton bersama, pilih Main, kemudian pilih SharePlay (jika ia kelihatan) untuk mengesahkan.
Video dimainkan secara serentak pada Apple TV dan pada semua peranti lain pada panggilan FaceTime. Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti mereka untuk memainkan, menjeda, memutar balik atau maju pantas pada masa nyata.
Semasa SharePlay, tekan pada kawalan jauh, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar tataletak: Pilih , kemudian pilih Gambar dalam Gambar, Split View, Skrin Penuh, atau Alih.
Sembunyikan panggilan FaceTime: Pilih . Untuk menunjukkan panggilan FaceTime lagi, tekan pada kawalan jauh.
Tamatkan panggilan: Pilih .
Untuk menamatkan rancangan TV atau filem yang anda tonton sambil meneruskan panggilan FaceTime, tekan atau pada kawalan jauh anda, kemudian pilih Tamatkan untuk Semua Orang atau Tamatkan Hanya untuk Saya.
Sertai SharePlay daripada Pusat Kawalan pada Apple TV
Anda boleh menyertai SharePlay daripada Pusat Kawalan pada Apple TV HD atau 4K (generasi pertama) semasa anda dalam panggilan FaceTime pada iPhone atau iPad (memerlukan iOS 15.1 atau lebih baharu, atau iPadOS 15.1 atau lebih baharu).
Nota: Pastikan anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama pada Apple TV dan FaceTime pada iPhone atau iPad dan semua peranti disambungkan ke rangkaian yang sama. Untuk bertukar pengguna pada Apple TV, lihat Tukar pengguna dalam Pusat Kawalan pada Apple TV.
Mulakan panggilan FaceTime pada iPhone atau iPad.
Apple TV mengesan apabila panggilan FaceTime sedang berlangsung.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pilih Mulakan pada Apple TV, kemudian sahkan pada iPhone atau iPad anda.
Mula menonton filem, rancangan atau video muzik pada Apple TV.
Video dimainkan secara serentak pada Apple TV dan pada semua peranti lain pada panggilan FaceTime. Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti mereka untuk memainkan, menjeda, memutar balik atau maju pantas pada masa nyata.
Untuk menamatkan rancangan TV atau filem yang anda tonton sambil meneruskan panggilan FaceTime, tekan atau pada kawalan jauh anda, kemudian pilih Tamatkan untuk Semua Orang atau Tamatkan Hanya untuk Saya.
Hantar perkara yang anda tonton semasa SharePlay pada peranti lain ke Apple TV
Jika anda telah mula menonton filem, rancangan atau video muzik pada iPhone, iPad atau Mac semasa SharePlay, anda boleh menghantarnya ke Apple TV yang disambungkan ke rangkaian yang sama untuk menikmati perkara yang anda tonton pada skrin besar.
Petua: Gunakan pilihan ini untuk menghantar item ke Apple TV semasa SharePlay jika anda tidak didaftar masuk sebagai pengguna semasa pada Apple TV.
Mulakan panggilan FaceTime pada iPhone, iPad atau Mac.
Pada iPhone, iPad atau Mac, buka app penstriman video yang menyokong SharePlay (seperti Apple TV atau app Muzik), pilih video, kemudian ketik atau klik butang Main.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Dalam app penstriman, ketik (atau buka Pusat Kawalan dan ketik ), kemudian pilih Apple TV yang anda mahu gunakan untuk menonton. Masukkan kod pengesahan jika digesa.
Pada Mac: Gerakkan penuding untuk menunjukkan kawalan main balik dalam app penstriman, klik , kemudian pilih Apple TV yang anda mahu gunakan untuk menonton. Masukkan kod pengesahan jika digesa.
Video dimainkan secara serentak pada Apple TV dan pada semua peranti lain pada panggilan FaceTime. Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti mereka untuk memainkan, menjeda, memutar balik atau maju pantas pada masa nyata.
Nota: Pemberitahuan SharePlay dan akses ke kawalan daripada Pusat Kawalan pada Apple TV tidak tersedia semasa menstrim daripada Mac dan daripada sesetengah app iOS atau iPadOS.
Alihkan video semasa SharePlay pada Apple TV ke peranti lain
Semasa SharePlay dengan panggilan FaceTime aktif pada peranti lain, anda boleh mengalihkan video yang anda tonton pada Apple TV ke peranti tersebut.
Tekan dan tahan pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih .
Pilih butang Alih, kemudian pilih Alih ke [nama peranti] untuk terus menonton pada peranti dengan panggilan FaceTime aktif.
Nota: Jika SharePlay tidak kelihatan dalam Pusat Kawalan pada Apple TV, gunakan kawalan SharePlay pada iPhone, iPad atau Mac anda untuk menghentikan SharePlay.