Mula menonton pada skrin Laman Utama dalam app Apple TV
Skrin Laman Utama dalam app Apple TV ialah tempat untuk mula menonton rancangan TV, filem dan acara sukan kegemaran anda. Teruskan di tempat anda berhenti, layari pengesyoran dan koleksi, atau terus mulakan menonton.

Mainkan rancangan TV, filem atau acara sukan
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Laman Utama.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari item ditampilkan di bahagian atas skrin, kemudian tekan butang main (jika tersedia).
Pilih item dalam baris Teruskan Menonton untuk meneruskan di tempat anda berhenti serta-merta.
Nota: Baris Teruskan Menonton pada skrin Laman Utama memaparkan filem, rancangan TV dan acara sukan langsung daripada mana-mana app atau saluran yang anda telah sambungkan ke app Apple TV. Untuk mendapatkan maklumat tentang menyambungkan app dan saluran, lihat Laraskan seting app Apple TV pada Apple TV 4K.
Navigasi ke bawah untuk melihat lebih banyak baris, kemudian pilih item yang anda mahu tonton. Apabila halaman untuk item tersebut dibuka, pilih butang main (jika tersedia) atau pilih episod, treler atau acara sukan khusus yang anda mahu tonton.
Petua: Semasa melayari baris, anda boleh skrol ke atas untuk menyerlahkan tajuk baris, kemudian pilihnya untuk melihat semua item dalam kategori tersebut atau melihat maklumat lanjut tentang koleksi.
Untuk mula menonton acara sukan yang sedang berlangsung, pilih acara, kemudian pilih Siaran Langsung untuk menonton siaran langsung, atau Mulakan Semula untuk menonton dari mula.
Untuk mendapatkan maklumat tantang melihat berbilang perlawanan pada masa yang sama, lihat Gunakan Multiview untuk menonton berbilang strim sukan langsung.
Nota: Acara sukan yang ditambahkan ke Senarai Tontonan anda kelihatan dalam baris Teruskan Menonton apabila acara berlangsung.
Untuk menyahaktifkan skor langsung, lihat Laraskan seting app Apple TV pada Apple TV 4K.
Jika anda tidak melihat butang main, anda mungkin perlu melanggan perkhidmatan khusus atau membeli item untuk menontonnya. Jika item tersebut belum dikeluarkan lagi, anda boleh menambahnya ke Senarai Tontonan anda untuk ditonton kemudian.
Layari item ditampilkan, saluran dan app, sukan, pengesyoran diperibadikan dan banyak lagi
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Laman Utama.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari item ditampilkan di bahagian atas skrin Laman Utama dengan menekan
untuk maju menerusi item. Leret kiri pada pad klik atau permukaan sentuh untuk kembali.Navigasi ke bawah ke baris saluran dan app untuk melihat saluran yang anda telah langgan atau app yang anda telah sambungkan ke app Apple TV, atau cari saluran atau app baharu untuk bersambung.
Untuk senarai app video yang tersedia dengan app Apple TV, lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan app disokong dalam app Apple TV.
Skrol ke bawah lagi untuk melihat carta teratas, keluaran baharu, sukan, koleksi terurus dan pengesyoran diperibadikan. Anda boleh melaraskan seting pengesyoran anda untuk melihat pengesyoran hanya untuk anda atau untuk berbilang ahli isi rumah anda.
Petua: Apabila seseorang berkongsi filem atau rancangan TV dengan anda dalam app Mesej, anda boleh mencarinya pada skrin Laman Utama dalam app Apple TV dalam baris Dikongsi dengan Anda. Nama dan ikon penghantar kelihatan bersebelahan filem atau rancangan. (Pengesyoran Dikongsi dengan Anda hanya kelihatan untuk profil lalai pada Apple TV 4K. Untuk melihat item dikongsi pada Apple TV 4K, anda mestilah mendayakan Dikongsi dengan Anda terlebih dahulu pada iPhone atau iPad anda, kemudian sahkan pada Apple TV 4K.)
Lihat maklumat lanjut tentang rancangan TV, filem, acara sukan atau koleksi
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, kemudian pilih Laman Utama.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari item ditampilkan di bahagian atas skrin, kemudian pilih
untuk melihat maklumat lanjut.Navigasi ke bawah untuk melihat lebih banyak baris, kemudian pilih rancangan TV, filem atau acara sukan.
Apabila halaman untuk rancangan TV, filem atau acara sukan dibuka, anda boleh memainkan item (jika tersedia), beli atau sewa item, tambahnya ke Senarai Tontonan anda, atau skrol ke bawah untuk melihat episod khusus, treler, item berkaitan dan butiran tambahan.
Serlahkan dan pilih tajuk baris untuk melihat semua item dalam kategori tersebut atau lihat maklumat lanjut tentang koleksi.
Tambah atau keluarkan item daripada Senarai Tontonan anda
Apabila anda menambahkan filem dan rancangan TV ke Senarai Tontonan anda untuk ditonton kemudian, ia kelihatan dalam baris Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan.
Nota: Apabila anda menambah acara sukan, acara kelihatan dalam baris Teruskan Menonton dan Senarai Tontonan apabila acara berlangsung.
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Lakukan salah satu yang berikut:
Tambah item ke Senarai Tontonan anda: Navigasi ke item di mana-mana sahaja dalam app Apple TV, tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh untuk melihat lebih banyak pilihan, kemudian pilih Tambah ke Senarai Tontonan.
Keluarkan item daripada Senarai Tontonan anda: Navigasi ke item dalam baris Teruskan Menonton atau Senarai Tontonan anda, tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh untuk melihat lebih banyak pilihan, kemudian pilih Keluarkan daripada Senarai Tontonan.
Petua: Anda juga boleh menambahkan item ke Senarai Tontonan anda dengan memilih
atau Tambah ke Senarai Tontonan apabila anda melihat pilihan ini dalam item ditampilkan di bahagian atas skrin Utama.
Dengar radio tempatan secara langsung (jika tersedia) semasa perlawanan Friday Night Baseball atau Sunday Night Soccer
Apabila anda menonton perlawanan, tunjukkan kawalan main balik.
Leret ke atas pada pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih
.Pilih pilihan trek audio daripada menu timbul:
TV: Mainkan ulasan audio daripada siaran TV.
Radio Tempatan [pasukan lawan, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan lawan semasa menonton perlawanan.
Radio Tempatan [pasukan tuan rumah, bahasa]: Dengar siaran radio pasukan tuan rumah semasa menonton perlawanan atau permainan.
Untuk menutup menu timbul, tekan
atau
pada kawalan jauh anda.
Ikuti pasukan kegemaran anda dengan Sukan Saya
Aktifkan Sukan Saya untuk mengikuti pasukan kegemaran anda pada Apple TV 4K, melihat perlawanan mereka dalam baris Teruskan Menonton dan menerima pemberitahuan apabila mereka bakal bermain.
Jika anda telah menyediakan Sukan Saya dalam app News atau app Apple Sports pada iPhone atau iPad, pasukan anda kelihatan dalam app Apple TV pada Apple TV 4K secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Ikuti pasukan kegemaran anda dengan Sukan Saya dalam Panduan Pengguna iPhone atau Sediakan pasukan kegemaran dan liga anda dalam Panduan Pengguna Apple Sports.
Pergi ke app Apple TV
pada Apple TV 4K.Buka bar sisi, pilih Laman Utama, kemudian navigasi ke bawah dan pilih Sukan.
Navigasi ke bawah ke baris terakhir, kemudian pilih Ikuti Pasukan Anda.
Jika anda telah mengikuti pasukan, item ini dipanggil Urus Sukan Saya.
Pilih Aktifkan (jika ini ialah kali pertama anda menyediakan Sukan Saya).
Skrol ke kategori sukan dalam senarai (contohnya, MLS, Formula 1, MLB atau NBA), navigasi ke pasukan anda di sebelah kanan, kemudian pilihnya.
Pasukan anda kini memaparkan bintang. Anda boleh menambah sebanyak mana Sukan Saya yang anda mahukan.
Untuk mengeluarkan pasukan, pilihnya dalam Sukan Saya, kemudian pilih Keluarkan.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama pada iPhone, iPad dan Mac anda, pasukan yang anda ikuti ditunjukkan dalam app News dan app Apple TV pada semua peranti anda. Anda tidak akan terlepas aksi walaupun satu saat, walaupun semasa anda jauh dari Apple TV 4K anda.
Nota: Anda tidak boleh memilih pasukan untuk diikuti pada Mac; untuk memilih pasukan anda, ikutinya dalam app News atau app Apple TV pada iPhone atau iPad anda, atau pada Apple TV 4K anda.