Sediakan kawalan ibu bapa pada Apple TV 4K
Anda boleh mengesetkan pengehadan peranti, yang juga biasanya dirujuk sebagai kawalan ibu bapa, supaya hanya profil yang dibenarkan boleh menonton, memuat turun atau memainkan item daripada hasil carian, atau membuat pembelian pada Apple TV 4K.
Petua: Untuk mengurus pengehadan kandungan untuk profil dalam app Apple TV, lihat Sediakan atau ubah suai pengehadan kandungan untuk profil.
Aktifkan pengehadan
Lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan
pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih
.Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Aktifkan pengehadan dan masukkan kod laluan 4 digit.
Sebaik sahaja anda memasukkan dan mengesahkan kod laluan, pilihan dalam menu Pengehadan didayakan. Untuk mengesetkan atau menggantikan pengehadan, anda mesti memasukkan kod laluan.
Petua: Untuk membenarkan profil tertentu menggunakan peranti mereka bagi memintas pengehadan berbanding memasukkan kod laluan, pilih Benarkan atau Sekat untuk mana-mana profil yang disenaraikan dalam menu Pengehadan.
Konfigurasikan jenis kandungan yang dihadkan
Lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan
pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih
.Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Masukkan kod laluan jika diperlukan.
Pilih aktiviti yang anda mahu hadkan, seperti:
Membuat pembelian atau menyewa rancangan TV, filem dan app (termasuk pembelian dalam app)
Mengakses app, rancangan TV, filem, muzik atau podcast berdasarkan kepada penilaian atau bahasa eksplisit
Bermain permainan berbilang pemain, menambah rakan atau menukar seting privasi dalam Game Center
Menukar seting AirPlay, Penyedia TV atau Lokasi
Sebaik sahaja pengehadan disetkan, anda mesti memasukkan kod laluan untuk mengakses sebarang kandungan yang dihadkan.
Tukar kod laluan
Lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan
pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih
.Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Pilih Tukar Kod Laluan, masukkan kod laluan semasa, kemudian masukkan kod laluan baharu.
Keluarkan semua pengehadan
Anda boleh mengeluarkan semua pengehadan buat sementara dan mengaktifkannya semula kemudian.
Lakukan salah satu yang berikut:
Tekan dan tahan
pada kawalan jauh untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih
.Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K, kemudian pergi ke Umum > Pengehadan.
Masukkan kod laluan, kemudian setkan Pengehadan kepada Tak Aktif.
Apabila anda mengesetkan semula Pengehadan kepada Aktif, pengehadan asal yang anda setkan masih kekal.
Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, anda juga boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk mengehadkan kandungan yang ahli keluarga anda boleh beli—termasuk mendayakan Minta untuk Beli, yang membenarkan anak anda membeli item hanya dengan kebenaran ibu bapa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan kawalan ibu bapa dengan Perkongsian Keluarga dalam Panduan Pengguna iPhone.
Nota: Pengehadan mungkin tidak digunakan pada app yang anda muat turun daripada App Store. Untuk mengehadkan kandungan di luar app Apple TV, laraskan seting untuk app individu, sama ada di dalam app atau dalam bahagian App pada Seting
. Lihat Laraskan seting untuk app tertentu pada Apple TV 4K.