Simpan latihan untuk kemudian pada Apple TV
Jika anda mahu menyimpan latihan atau meditasi untuk kemudian, anda boleh menambahnya ke pustaka anda dalam app Kecergasan pada Apple TV. Pustaka juga ialah tempat yang anda boleh menemui Tindanan dan program yang anda telah simpan, serta Pelan Tersuai yang anda cipta menggunakan app Kecergasan pada iPhone.
Nota: Latihan Apple Fitness+ memerlukan langganan dan Apple Watch atau iPhone disambungkan ke app Kecergasan pada Apple TV.
Tambah latihan atau meditasi ke pustaka anda
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Navigasi ke latihan atau meditasi di mana-mana sahaja dalam app, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Pilih item untuk melihatnya, pilih Tambah ke, kemudian pilih Tambah ke Pustaka.
Tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda, kemudian pilih Tambah ke Pustaka.
Tambah program ke pustaka anda
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Teroka.
Navigasi ke bawah ke baris Program.
Pilih program untuk membukanya, kemudian pilih Tambah ke Pustaka.
Tambah tindanan semasa ke pustaka anda
Tindanan ialah siri latihan atau meditasi yang dimainkan dalam turutan, seperti senarai main muzik. Lihat Gabungkan latihan dengan Tindanan pada Apple TV.
Anda boleh menyimpan tindanan kegemaran anda dalam pustaka anda supaya anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa.
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Tindanan.
Pilih , kemudian pilih Tambah Tindanan ke Pustaka.
Masukkan nama untuk tindanan anda, kemudian pilih Simpan.
Tindanan kelihatan dalam bahagian Tindanan pada pustaka anda. Untuk menamakan semula tindanan, pilihnya dalam pustaka anda, pilih , kemudian pilih Namakan Semula Tindanan.
Lihat item dalam pustaka anda
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Pustaka.
Pilih kategori di sebelah kiri untuk melihat semua item daripada kategori tersebut yang anda telah tambahkan ke pustaka anda.
Keluarkan item daripada pustaka anda
Pergi ke app Kecergasan pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Pustaka.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Keluarkan latihan atau meditasi: Navigasi ke latihan atau meditasi, tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih Padam daripada Pustaka.
Keluarkan program: Pilih Program, pilih program yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Keluarkan daripada Pustaka.
Keluarkan Tindanan: Pilih Tindanan, pilih Tindanan yang anda mahu keluarkan, kemudian pilih Padam Tindanan.