Mulakan atau sertai panggilan FaceTime daripada Apple TV anda
Anda boleh membuat panggilan FaceTime terus daripada Apple TV menjawab panggilan audio atau video masuk.
Sebelum anda bermula
Pastikan iPhone atau iPad disediakan untuk menggunakan FaceTime.
Pergi ke Seting pada iPhone atau iPad anda, ketik FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime.
Daftar masuk ke FaceTime dengan Akaun Apple anda, jika anda belum berbuat demikian.
Buat panggilan FaceTime daripada Apple TV
Pergi ke app FaceTime pada Apple TV dan sambungkan iPhone atau iPad sebagai Kamera Kesinambungan jika anda belum melakukannya.
Panggilan dan kenalan terbaharu daripada iPhone atau iPad yang disambungkan kelihatan dalam app FaceTime pada Apple TV.
Nota: Jika anda telah menyediakan iPhone sebagai Kamera Kesinambungan khusus, hanya Kegemaran tersedia dalam app FaceTime.
Untuk memulakan panggilan, lakukan salah satu yang berikut:
Pilih penerima daripada senarai panggilan FaceTime terbaharu.
Pilih , pilih kenalan (atau lebih daripada satu kenalan untuk panggilan kumpulan), kemudian pilih FaceTime.
Petua: Untuk membuat panggilan audio sahaja, navigasi ke kenalan di sebelah kiri, tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda, kemudian pilih Audio FaceTime.
Jawab panggilan masuk FaceTime pada Apple TV
Apabila pemberitahuan panggilan video atau audio FaceTime masuk kelihatan dalam Pusat Kawalan, tekan pada kawalan jauh, kemudian pilih Terima atau Tolak.
Petua: Untuk mengelakkan panggilan FaceTime yang tidak diingini dikaitkan dengan nombor telefon anda, buka Seting > FaceTime pada iPhone anda, kemudian nyahpilih nombor telefon anda dalam bahagian Anda Boleh Dihubungi Melalui FaceTime. Anda masih boleh menerima panggilan FaceTime yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.
Gunakan kawalan FaceTime semasa panggilan pada Apple TV
Sebelum dan selepas panggilan, laraskan mana-mana kawalan berikut yang kelihatan atas skrin:
Bingkai Dipusatkan: Pilih untuk mengaktifkan Bingkai Dipusatkan, yang memastikan semua orang dalam bilik dibingkaikan dengan sempurna walaupun mereka bergerak di sekeliling.
Potret: Pilih untuk mengaktifkan mod Potret, yang fokus pada subjek dan mengaburkan imej latar belakang.
Reaksi: Pilih untuk mengenal pasti gerak isyarat tangan yang menjana kesan atas skrin, seperti hati atau bunga api.
Semasa panggilan, anda boleh menunjukkan kawalan untuk melakukan mana-mana yang berikut:
Tambah lebih ramai orang ke panggilan: Pilih , pilih Tambah Orang, pilih satu atau lebih kenalan daripada senarai kenalan anda, kemudian pilih “Tambah orang”.
Aktifkan kapsyen langsung (tersedia di A.S. dan Kanada sahaja): Pilih , kemudian pilih Kapsyen Langsung.
Secara lalai, kapsyen langsung kelihatan di bahagian tengah bawah skrin. Untuk mengembangkan paparan kapsyen ke ruangnya sendiri di sebelah kiri skrin, serlahkan kapsyen, kemudian pilih . Untuk mengurangkan paparan kapsyen, pilih .
Nota: Untuk mengaktifkan kapsyen langsung secara lalai, lihat Aktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime pada Apple TV.
Mulakan SharePlay: Pilih . Lihat Tonton bersama menggunakan SharePlay pada Apple TV.
Senyapkan mikrofon: Pilih .
Aktifkan atau nyahaktifkan kamera: Pilih .
Tamatkan panggilan: Pilih .
Petua: Semasa anda dalam panggilan FaceTime, penunjuk FaceTime kelihatan dalam Pusat Kawalan. Anda boleh mengakses kawalan FaceTime dengan menekan dan menahan untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian menavigasi ke .
Gunakan Apple TV semasa dalam panggilan FaceTime
Anda boleh terus menggunakan Apple TV semasa dalam panggilan FaceTime. Contohnya, anda boleh kembali ke Skrin Utama, kemudian mula menonton sukan, filem atau rancangan TV dan melaraskan tataletak untuk melihat panggilan FaceTime dan kandungan yang anda sedang tonton.
Mulakan panggilan FaceTime atau jawab panggilan FaceTime masuk pada Apple TV.
Semasa panggilan, tekan atau pada kawalan jauh anda untuk pergi ke Skrin Utama.
Panggilan FaceTime kelihatan dalam tetingkap yang lebih kecil semasa anda menavigasi Skrin Utama atau app lain pada Apple TV.
Untuk melihat lebih banyak pilihan paparan, tekan pada kawalan jauh, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar tataletak: Pilih , kemudian pilih Gambar dalam Gambar, Split View, Skrin Penuh, atau Alih.
Sembunyikan panggilan FaceTime: Pilih . Untuk menunjukkan panggilan FaceTime lagi, tekan pada kawalan jauh.
Tamatkan panggilan: Pilih .