Langgan Apple Arcade pada Apple TV
Anda boleh melanggan Apple Arcade pada Apple TV.
Anda boleh memilih untuk mempakejkan langganan Apple Arcade anda dengan perkhidmatan Apple lain dengan melanggan Apple One. Lihat artikel Sokongan Apple Pakejkan langganan Apple dengan Apple One.
Nota: Apple Arcade dan Apple One tidak tersedia di semua negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Langgan Apple Arcade
Buka app Arcade pada Apple TV.
Ikuti arahan atas skrin untuk mendaftar masuk dengan Apple ID anda untuk bermula.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Sertai Apple Arcade.
Untuk mengurus langganan anda, lihat Uruskan langganan pada Apple TV.
Batalkan langganan anda
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > Langganan [nama akaun] dan pilih langganan.
Ikuti arahan atas skrin untuk menukar atau membatalkan langganan anda.
Kongsi Apple Arcade
Apabila anda melanggan Apple Arcade atau Apple One, anda boleh menggunakan Perkongsian Keluarga untuk berkongsi langganan anda dengan sehingga lima orang ahli keluarga lain. Ahli kumpulan keluarga anda tidak perlu melakukan apa-apa—Apple Arcade tersedia untuk mereka pada kali pertama mereka membuka Apple Arcade selepas langganan anda bermula.
Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang melanggan Apple Arcade atau Apple One dan anda telah melanggan, langganan anda tidak diperbaharui pada tarikh pengebilan anda yang seterusnya; sebaliknya, anda menggunakan langganan kumpulan tersebut. Jika anda menyertai kumpulan keluarga yang tidak melanggan, kumpulan itu menggunakan langganan anda.
Lihat Perkongsian Keluarga pada Apple TV.
Nota: Untuk berhenti berkongsi langganan anda dengan kumpulan keluarga, anda boleh membatalkan langganan, meninggalkan kumpulan keluarga, atau (jika anda pengelola kumpulan keluarga) berhenti menggunakan Perkongsian Keluarga.