Sesuaikan Skrin Utama Apple TV
Anda boleh menukar tertib app pada Skrin Utama dan meletakkan app kegemaran anda di baris atas.
Pada Skrin Utama, anda juga boleh memadamkan app daripada App Store yang anda tidak lagi gunakan dan menukar penampilan latar belakang dan menu antara cerah dan gelap.
Susun semula app
Navigasi ke app, tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih Edit Skrin Utama.
Seret app ke lokasi baharu pada Skrin Utama.
Petua: Alihkan app kegemaran anda ke baris atas Skrin Utama; apabila anda menyerlahkan app baris atas, pintasan kandungan kelihatan di bahagian atas skrin.
Untuk menyimpan susunan baharu, tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Cipta folder untuk app
Anda boleh menyusun app berkaitan ke dalam folder. Contohnya, anda boleh menyimpan semua app muzik anda dalam folder Muzik.
Navigasi ke app, tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih Alih ke > Folder Baharu.
Untuk menukar nama folder baharu, pilih nama folder di bahagian atas skrin, kemudian gunakan papan kekunci atas skrin atau perencanaan untuk memasukkan nama tersuai.
Untuk menutup papan kekunci, lakukan mana-mana yang berikut:
Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu): Tekan butang Balik sekali untuk menutup papan kekunci atas skrin, kemudian tekan butang Balik lagi untuk kembali ke Skrin Utama.
Siri Remote (generasi pertama): Tekan butang sekali untuk menutup papan kekunci atas skrin, kemudian tekan butang lagi untuk kembali ke Skrin Utama.
Namakan semula folder
Navigasi ke folder, tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih Nama Semula Folder.
Gunakan papan kekunci atas skrin atau perencanaan untuk memasukkan nama tersuai.
Untuk menutup papan kekunci, lakukan mana-mana yang berikut:
Siri Remote (generasi ke-2 atau lebih baharu): Tekan butang Balik sekali untuk menutup papan kekunci atas skrin, kemudian tekan butang Balik lagi untuk kembali ke Skrin Utama.
Siri Remote (generasi pertama): Tekan butang sekali untuk menutup papan kekunci atas skrin, kemudian tekan butang lagi untuk kembali ke Skrin Utama.
Padamkan folder
Untuk memadamkan folder, hanya alihkan appnya semula ke Skrin Utama.
Navigasi ke app dalam folder, kemudian tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama) dan pilih Alih ke > Skrin Utama.
Ulang langkah di atas untuk setiap app dalam folder.
Folder dipadamkan apabila anda mengalihkan app terakhir daripadanya.
Untuk menyimpan susunan baharu, tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Untuk kembali ke Skrin Utama, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Alihkan app ke dalam folder
Navigasi ke app, tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih Alih ke > [nama folder].
Untuk menyimpan susunan baharu, tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.
Untuk kembali ke Skrin Utama, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Padamkan atau keluarkan app
Pilih app yang anda mahu padamkan, kemudian tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama).
Pilih Padam App, kemudian pilih Padam atau Keluarkan.
Mengeluarkan app akan mengeluarkannya daripada Skrin Utama untuk mengosongkan storan, tetapi mengekalkan datanya sekiranya anda memasangnya lagi.
Memadamkan app juga memadamkan datanya. Anda boleh memuat turun sebarang app lagi yang anda telah beli di App Store, percuma, tetapi data mungkin tidak dipulihkan.
Tukar penampilan Apple TV
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Penampilan, kemudian pilih Cerah, Gelap atau Automatik.
Apabila disetkan kepada Automatik, penampilan berubah daripada Cerah semasa waktu siang kepada Gelap semasa waktu malam.
Pastikan app dan Skrin Utama dikemas kini merentas berbilang Apple TV
Jika anda mempunyai lebih daripada satu Apple TV yang dikaitkan dengan Apple ID yang sama, anda boleh mengekalkan penampilan dan app yang sama untuk setiap peranti. Contohnya, ini menjadikannya lancar untuk bertukar antara Apple TV di dalam bilik tidur dan yang berada di bilik tamu.
Buka Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama akaun pengguna lalai] dan aktifkan Satu Skrin Utama.