Tukar seting cahaya dan warna pada Apple TV 4K
Anda boleh menukar parameter pada Apple TV 4K untuk perbezaan warna, kesensitifan cahaya dan kecerahan.
Petua: Untuk menterbalikkan warna cerah dan gelap pada Apple TV 4K, lihat Tukar seting penampilan pada Apple TV 4K.
Bezakan tanpa warna
Seting ini menggantikan item yang bergantung sepenuhnya pada warna untuk menyampaikan maklumat.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan, kemudian pilih Bezakan Tanpa Warna untuk mengaktifkannya.
Malapkan Cahaya Berdenyar
Anda boleh menjadikan Apple TV 4K memalapkan kandungan video yang menggambarkan cahaya berdenyar atau berkelip secara automatik.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan, kemudian pilih Malapkan Cahaya Berdenyar.
Apabila ciri ini didayakan, garis masa main balik menunjukkan apabila cahaya berdenyar berlaku untuk media disokong.
Penting: Apple TV 4K anda menggunakan algoritma pada peranti untuk mengesan cahaya berdenyar atau berkelip yang terdapat dalam kandungan video disokong dan memalapkannya secara automatik pada TV anda pada masa nyata. Seting pergerakan tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, atau untuk rawatan sebarang keadaan perubatan.
Aktifkan Penapis Warna
Seting ini adalah untuk pengguna yang buta warna atau menghadapi kesukaran untuk membaca teks pada paparan.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan > Penapis Warna, kemudian pilih Penapis Warna untuk mengaktifkannya.
Anda boleh memilih daripada pelbagai penapis yang digunakan untuk membezakan warna.
Aktifkan Kesensitifan Cahaya
Seting ini melaraskan paras kemalapan atau kecerahan paparan anda.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan > Kesensitifan Cahaya, kemudian pilih Kesensitifan Cahaya untuk mengaktifkannya.
Pilih Keamatan, kemudian leret pada pad klik atau permukaan sentuh untuk melaraskan peratusan keamatan paparan.
Aktifkan Kurangkan Titik Putih
Seting ini melaraskan paras kecerahan warna pada paparan anda.
Pergi ke Seting
pada Apple TV 4K.Pergi ke Kebolehcapaian > Paparan > Kurangkan Titik Putih, kemudian pilih Kurangkan Titik Putih untuk mengaktifkannya.
Pilih Keamatan, kemudian leret pada pad klik atau permukaan sentuh untuk melaraskan peratusan keamatan titik putih.