Cari kandungan dan app pada Apple TV
Siri pada Apple TV membantu anda mencari filem dan rancangan TV untuk ditonton dan app dalam App Store untuk dimuat turun dengan cepat. Siri boleh mencari filem dan rancangan TV berdasarkan pelbagai jenis kriteria—termasuk tajuk, topik, genre, pelakon, pengarah, penilaian, kesesuaian umur dan banyak lagi. Malah, anda boleh meminta untuk mencari hasil yang “bagus” atau “popular”. Untuk app, anda boleh mencari mengikut nama, pembangun atau kategori app.
Dapatkan pengesyoran berdasarkan suara anda
Apabila anda menyediakan Cam Suara Saya, anda boleh menggunakan Siri untuk menerima pengesyoran diperibadikan atau untuk menukar profil jika anda menambah berbilang pengguna ke Apple TV.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Apakah yang patut saya tonton?”
“Mainkan muzik saya”
“Tukar ke profil saya”
Cari filem, rancangan TV dan app
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Cari ‘Hidden Figures’”
“Mainkan Episod 3 Musim 1 Homeland”
“Tunjukkan saya komedi popular”
“Apakah filem besbol terbaik?”
“Cari filem yang dibintangi oleh Bront Palarae”
“Cari dokumentari tentang kereta”
“Carikan saya filem yang mempunyai resolusi 4K”
“Carikan saya filem dalam HDR”
“Tonton drama hebat”
“Carikan saya beberapa rancangan TV yang bagus untuk kanak-kanak”
“Tunjukkan filem PG-13”
“Cari Crossy Road”
“Cari app cuaca”
“Apakah app sukan baharu?”
“Cari app oleh Activision”
Gabungkan istilah carian
Anda juga boleh menggabungkan genre untuk filem dan rancangan TV.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Carikan saya beberapa filem seram yang kelakar”
“Tunjukkan saya filem bebas luar negara”
“Cari dokumentari jenayah”
Cari kandungan percuma
Anda boleh meminta Siri mengehadkan hasil carian kepada kandungan yang boleh dimainkan serta-merta berdasarkan perkara yang anda miliki dan perkhidmatan yang anda telah langgan.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Cari filem kanak-kanak percuma”
“Apakah beberapa filem percuma di Apple TV?”
Apabila anda mencari filem atau rancangan TV, Siri mencari pelbagai jenis app untuk mencari perkara yang anda mahukan dengan tepat. Jika anda meminta tajuk tertentu, Siri membawa anda ke halaman butiran untuk video tersebut. Jika terdapat lebih daripada satu hasil, Siri memaparkan hasil carian untuk anda pilih atau perincikan carian anda.
Cari dalam app khusus
Anda boleh mencari item pada YouTube dengan menyertakan “YouTube” dalam permintaan Siri (memerlukan app YouTube, tersedia pada App Store untuk Apple TV). Siri membuka app YouTube dan menambah permintaan anda ke skrin cariannya secara automatik.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Cari Coldplay di YouTube”
“Tunjukkan saya seni untuk kanak-kanak di YouTube”
“Cari Minecraft di YouTube”
And juga boleh mencari secara terus dalam banyak app.
Untuk mendapatkan senarai app yang serasi dengan Siri, lihat artikel Sokongan Apple Perihal Cari pada Apple TV anda.
Cari podcast
Anda boleh mencari podcast dengan khusus dengan menyertakan “podcast” dalam pertanyaan anda.
Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Dapatkan podcast kelakar”
“Cari podcast tentang pendidikan”
“Mainkan podcast ‘Radiolab’”
Jika anda telah melanggan podcast yang dipilih, Apple TV mula memainkan episod semasa serta-merta.