Gunakan Apple TV sebagai paparan bilik persidangan
Anda boleh menggunakan Apple TV sebagai paparan bilik persidangan supaya sesiapa sahaja boleh berkongsi skrin mereka dengan mudah daripada Mac, iPhone atau iPad menggunakan AirPlay. Dengan Paparan Bilik Persidangan diaktifkan, mesej kelihatan pada paparan dengan arahan sambungan AirPlay dan butiran rangkaian wayarles.
Aktifkan Paparan Bilik Persidangan
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay dan HomeKit, kemudian pilih Paparan Bilik Persidangan untuk mengaktifkannya.
Sesuaikan dan pratonton Paparan Bilik Persidangan
Setelah Paparan Bilik Persidangan diaktifkan, anda boleh menyesuaikan cara ia kelihatan.
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke AirPlay dan HomeKit > Paparan Bilik Persidangan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Paparkan mesej tersuai: Pilih Mesej Tersuai, kemudian masukkan mesej yang anda mahu paparkan. (Mesej anda hanya kelihatan apabila Apple TV berada dalam mod Paparan Bilik Persidangan.)
Setkan latar belakang foto: Pilih Pilih Foto, kemudian pilih Album untuk memilih foto daripada pustaka foto iCloud anda.
Memerlukan PIN untuk AirPlay: Pilih Perlukan PIN Setiap Kali untuk mengaktifkannya.
Sesiapa yang mahu strim ke Apple TV anda semasa ia dalam mod paparan persidangan digesa untuk memasukkan PIN 4 digit yang ditunjukkan pada Apple TV.
Lihat pratonton Paparan Bilik Persidangan: Pilih Pratonton. Untuk keluar daripada mod pratonton, tekan atau pada kawalan jauh anda.
Kunci mod Paparan Bilik Persidangan
Anda boleh mengesetkan Apple TV supaya mod Paparan Bilik Persidangan dikunci sehingga kod laluan 4 digit dimasukkan.
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke Umum > Pengehadan, kemudian masukkan kod laluan jika diperlukan.
Pastikan Paparan Bilik Persidangan disetkan ke Dihadkan dalam senarai item dihadkan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan kawalan ibu bapa pada Apple TV.
Nota: Anda menggunakan kod laluan 4 digit yang sama yang anda setkan Pengehadan untuk membuka kunci mod Paparan Bilik Persidangan. Jika anda terlupa kod laluan, putuskan sambungan Apple TV daripada salur kuasa, sambungkannya semula, kemudian tekan dan tahan atau pada kawalan jauh anda semasa Apple TV mula semula. Ini membuka kunci mod Paparan Bilik Persidangan secara sementara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Jika anda diminta untuk memasukkan kata laluan AirPlay pada Apple TV.