Lihat dan urus pelan Fitness+ pada Apple TV
Untuk membantu anda mencapai matlamat kecergasan anda dan mengikuti pelan, anda boleh memilih pelan yang anda cipta dalam Apple Fitness+ pada iPhone, kemudian melihatnya pada Apple TV dalam app Kecergasan.
Dalam app Kecergasan pada iPhone, anda boleh mencipta jenis pelan berikut:
Kekal Konsisten: Latihan dan meditasi diprapilih berdasarkan pada aktiviti Fitness+ terbaharu dan keutamaan anda seperti tempoh, aktiviti, pelatih kegemaran, genre muzik dan hari dalam minggu yang anda mahu menjadi aktif.
Berusaha Bersungguh-sungguh: Untuk golongan yang mahu mencabar diri mereka, latihan diprapilih ini meningkatkan masa bagi sesi latihan setiap hari.
Pelan Tersuai: Bina pelan anda sendiri dengan aktiviti, tempoh latihan dan hari dalam minggu.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mencipta pelan, lihat Gunakan Pelan Tersuai dalam Apple Fitness+.
Nota: Latihan Apple Fitness+ memerlukan langganan dan Apple Watch atau iPhone disambungkan ke app Kecergasan pada Apple TV.
Pergi ke app Kecergasan
pada Apple TV.
Buka bar sisi, kemudian pilih Pelan.
Pilih pelan.
Anda boleh melihat Pelan semasa anda, serta sebarang pelan yang telah anda selesaikan atau batalkan sebelum ini.
Jika anda tidak mempunyai Pelan Tersuai aktif, pilih Bina Pelan Anda untuk digesa untuk mencipta satu pelan pada iPhone anda. Anda juga boleh memilih pelan terbaharu untuk mengulanginya.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mulakan latihan daripada pelan anda: Pilih Lihat Pelan, kemudian pilih latihan yang anda mahu lakukan.
Latihan dalam pelan kelihatan dalam tertib kronologi, dengan pelan minggu ini di bahagian atas supaya anda boleh melihat perkara yang dijadualkan seterusnya atau skrol ke bawah untuk melihat perkara yang dijadualkan dalam minggu berikutnya. Semasa anda melengkapkan setiap minggu dalam pelan anda, latihan yang dilengkapkan beralih ke bahagian bawah halaman.
Anda boleh kembali ke hari atau minggu sebelumnya untuk melengkapkan latihan pada bila-bila masa dalam tempoh pelan anda. Jika anda memulakan pelan pada Apple TV, kemajuan anda disimpan dan anda boleh meneruskannya pada iPhone atau iPad atau sebaliknya.
Namakan semula pelan anda: Pilih Lihat Pelan, ketik
, kemudian pilih Namakan Semula Pelan. Masukkan nama baharu, kemudian ketik Selesai.
Tamatkan pelan anda: Pilih Lihat Pelan, ketik
, kemudian pilih Tamatkan Pelan.
Ulangi pelan sebelumnya: Navigasi ke bawah ke baris Pelan Terbaharu, pilih pelan, kemudian pilih Ulangan Tepat untuk mengulang latihan yang sama seperti kali terakhir, atau Ulangan Dikemas Kini untuk menyegarkan semula pelan dengan latihan lebih baharu.