Lihat album dikongsi pada Apple TV
Dalam app Foto, foto dan video yang anda kongsi dengan orang lain (atau yang orang lain kongsikan dengan anda) kelihatan dalam skrin Album Dikongsi.
Layari dan lihat foto dikongsi
Pergi ke app Foto pada Apple TV.
Navigasi ke Album Dikongsi di bahagian atas skrin.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Layari foto dikongsi terbaharu anda: Pilih baris Aktiviti, kemudian navigasi ke kiri atau ke kanan menerusi foto.
Lihat salah satu daripada album dikongsi: Pilih album dalam Album Saya untuk melihat semua foto dalam album. Pilih Orang untuk melihat senarai orang yang melanggan ke album dikongsi ini.
Lihat album dikongsi orang lain: Pilih album dalam baris Daripada Keluarga dan Rakan untuk melihat semua foto dalam album. Pilih Orang untuk melihat senarai orang yang melanggan ke album dikongsi ini.
Dalam skrin Aktiviti atau dalam album dikongsi, lakukan mana-mana daripada berikut:
Pilih Mainkan Tayangan Slaid untuk memainkan tayangan slaid semua foto dalam aktiviti atau album dikongsi.
Pilih Setkan sebagai Penyelamat Skrin untuk mengesetkan foto dalam aktiviti atau album dikongsi sebagai penyelamat skrin anda.
Pilih foto untuk melihatnya dalam skrin penuh, kemudian navigasi ke kiri atau kanan untuk menskrol menerusi lebih banyak foto skrin penuh.
Lihat komen dan foto yang digemari dalam album dikongsi
Pergi ke app Foto pada Apple TV.
Navigasi ke Album Dikongsi di bahagian atas skrin.
Pilih foto dalam album dikongsi supaya ia dipaparkan dalam skrin penuh, kemudian navigasi ke atas untuk melihat masa foto disiarkan, bersama komen daripada orang lain.
Untuk menandakan foto seperti yang anda suka, tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda.
Padam album dikongsi
Pergi ke app Foto pada Apple TV.
Navigasi ke Album Dikongsi di bahagian atas skrin.
Pilih album daripada Album Saya atau Daripada Keluarga dan Rakan, kemudian pilih Orang.
Pilih Padamkan Album Dikongsi (jika ia album anda) atau Nyahlanggan (jika ia album orang lain).
Album dikeluarkan daripada Apple TV, tetapi tidak daripada iCloud.
Aktifkan atau nyahaktifkan Album Dikongsi
Pergi ke Seting pada Apple TV.
Pergi ke Pengguna dan Akaun > [nama pengguna lalai] > Foto.
Pilih Album Dikongsi untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan album dikongsi dalam app Foto.