Sukan dalam app Apple TV
Skrin Sukan dalam app Apple TV memberikan anda akses serta-merta ke pelbagai pilihan acara sukan langsung atau dijadualkan, termasuk Major League Soccer dengan MLS Season Pass dan Friday Night Baseball.
Anda boleh menonton perlawanan yang sedang berlangsung dengan skor terkini, atau melayari perlawanan akan datang dan menambahnya ke Seterusnya. Untuk menyahaktifkan skor sukan langsung, lihat Laraskan seting app Apple TV.
Anda juga boleh mengaktifkan Sukan Saya untuk mengikuti pasukan kegemaran anda—dapatkan makluman tentang acara akan datang, lihat skor langsung dan pergi terus ke perlawanan daripada Seterusnya. Sukan Saya juga membolehkan anda mengikuti pasukan anda merentas Apple News dan app Apple lain pada iPhone atau iPad anda. (Pada Mac, anda boleh melihat pasukan yang anda ikuti dalam Apple News dan app Apple TV, tetapi anda tidak boleh menyediakan pasukan untuk diikuti.)
Layari dan tonton sukan langsung
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, pilih Sukan, kemudian teroka permainan yang ditampilkan atau layari mengikut sukan atau kategori.
Untuk mula menonton, pilih acara sukan yang sedang berlangsung, kemudian pilih Pergi ke Perlawanan.
Jika anda belum melanggan saluran atau app, ikuti arahan atas skrin.
Dengar radio tempatan secara langsung semasa perlawanan Friday Night Baseball
Semasa main balik, tunjukkan kawalan main balik.
Pilih butang Pilihan Audio , kemudian pilih pilihan trek audio daripada menu timbul:
TV: Mainkan ulasan audio daripada siaran TV.
Radio Tempatan [pasukan lawan, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan lawan semasa menonton perlawanan.
Radio Tempatan [pasukan tuan rumah, bahasa]: Dengar siaran radio tempatan pasukan tuan rumah semasa menonton perlawanan atau permainan.
Untuk menutup menu timbul, tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama).
Tambah atau keluarkan acara daripada Seterusnya
Dalam skrin Sukan app Apple TV , navigasi ke acara, kemudian pilihnya.
Masa yang dijadualkan, rangkaian dan maklumat lain acara ditunjukkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah item ke Seterusnya: Pilih Tambah ke Seterusnya.
Acara diletakkan dalam baris Seterusnya pada skrin Laman Utama dan Sukan. Lihat Perkara seterusnya.
Keluarkan item daripada barisan Seterusnya: Pilih Dalam Seterusnya.
Ikuti pasukan kegemaran anda dengan Sukan Saya
Aktifkan Sukan Saya untuk mengikuti pasukan kegemaran anda pada Apple TV, melihat perlawanan mereka dalam Seterusnya dan menerima pemberitahuan apabila mereka bakal bermain.
Jika anda telah menyediakan Sukan Saya dalam app News pada iPhone atau iPad, pasukan anda kelihatan dalam app Apple TV pada Apple TV secara automatik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Panduan Pengguna iPhone.
Apabila anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama pada iPhone, iPad dan Mac anda, pasukan yang anda ikuti ditunjukkan dalam app News dan app Apple TV pada semua peranti anda. (Anda tidak boleh memilih pasukan untuk diikuti pada Mac; untuk memilih pasukan anda, ikutinya dalam app News atau app Apple TV pada iPhone atau iPad anda, atau pada Apple TV anda.) Anda tidak akan terlepas aksi walaupun satu saat, walaupun semasa anda jauh dari Apple TV anda.
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Pilih Sukan, kemudian skrol ke bawah dan pilih Ikuti Pasukan Anda.
Pilih MLS Season Pass, kemudian skrol ke bawah dan pilih Ikuti Kelab Kegemaran Anda.
Pilih Aktifkan (jika ini ialah kali pertama anda menyediakan Sukan Saya).
Skrol ke kategori sukan dalam senarai (contohnya, MLS, MLB atau NBA), navigasi ke pasukan anda di sebelah kanan, kemudian pilihnya.
Pasukan anda kini memaparkan bintang. Anda boleh menambah sebanyak mana Sukan Saya yang anda mahukan.
Untuk mengeluarkan pasukan, pilihnya dalam Sukan Saya, kemudian pilih Keluarkan.