Susun podcast ke dalam stesen pada Apple TV
Anda boleh menyusun podcast yang anda ikuti ke dalam stesen yang dikemas kini secara automatik merentas semua peranti anda.
Cipta stesen podcast
Buka app Podcast pada Apple TV.
Navigasi ke Pustaka dalam bar menu, kemudian pilih butang Stesen Baharu .
Masukkan nama untuk stesen anda, kemudian pilih Selesai.
Tekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) untuk melihat pilihan stesen.
Kemas kini mana-mana pilihan stesen yang berikut:
Tajuk Stesen: Taipkan nama stesen berbeza, mengikut kesukaan anda.
Main: Pilih tertib anda mahu podcast dimainkan dalam stesen.
Episod: Pilih episod untuk disertakan dalam stesen.
Jenis Media: Pilih sama ada untuk menyertakan podcast audio, podcast video atau kedua-duanya.
Belum Dimain Sahaja: Aktifkan untuk menyertakan episod yang anda belum mainkan sahaja.
Pilih Podcast: Pilih rancangan diikuti yang anda mahu sertakan dalam stesen atau pilih Sertakan Semua Podcast untuk menyertakan semua rancangan yang diikuti.
Untuk mencipta stesen tambahan, pilih butang Stesen Baharu dalam Pustaka.
Selepas anda mencipta stesen, pilihnya dalam Pustaka, kemudian pilih Seting Stesen untuk memadamkannya atau menukar setingnya.
Layari episod stesen
Buka app Podcast pada Apple TV.
Navigasi ke Pustaka, kemudian pilih stesen untuk melihat senarai episod.
Untuk memainkan episod, navigasi ke episod, kemudian tekan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), atau butang Main/Jeda .
Dapatkan pilihan lanjut untuk stesen atau podcast
Buka app Podcast pada Apple TV.
Navigasi ke Pustaka, kemudian navigasi ke stesen atau podcast.
Tekan dan tahan butang tengah pad klik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau permukaan sentuh (Siri Remote generasi pertama), kemudian pilih pilihan.