Apple TV+ dalam app Apple TV
Skrin Apple TV+ dalam app Apple TV memberikan anda akses mudah kepada Apple TV+, perkhidmatan penstriman langganan yang menampilkan Apple Originals—filem dan siri yang memenangi anugerah, drama yang menarik, dokumentari perintis, hiburan kanak-kanak, komedi dan banyak lagi.
Nota: Ketersediaan Apple TV+ mungkin berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.
Layari Apple TV+
Buka bar sisi dalam app Apple TV pada Apple TV, kemudian pilih Apple TV+.
Layari filem, rancangan TV dan koleksi yang ditampilkan, kemudian pilih item untuk melihat penilaian dan perihalan.
Pilih Apple Original untuk ditonton
Apabila anda memilih item, skrin baharu muncul dengan penilaian, perihalan dan maklumat tontonan.
Dalam app Apple TV , lakukan mana-mana yang berikut:
Mainkan item: Jika item telah tersedia untuk ditonton oleh anda, pilih Mainkan atau Mainkan Episod untuk mula menontonnya serta-merta.
Langgan Apple TV+: Pilih butang langganan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Tambah item ke Seterusnya: Jika anda mahu menonton item kemudian, pilih Tambah ke Seterusnya untuk menambahnya ke Seterusnya dalam skrin Laman Utama dan Apple TV+.
Keluarkan item daripada Seterusnya: Pilih Dalam Seterusnya.
Pergi ke item seterusnya dalam kategori yang anda layari: Navigasi ke kanan atau kiri. Anda juga boleh menekan butang Balik (Siri Remote generasi ke-2 atau lebih baharu) atau butang (Siri Remote generasi pertama) untuk kembali ke skrin Apple TV+.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, navigasi ke baris atau item, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Layari musim dan episod: Pilih episod, atau pilih musim, kemudian layari episod.
Layari item berkaitan: Skrol ke kiri atau ke kanan dalam baris Berkaitan, kemudian pilih item.
Terokai pelakon dan kru: Skrol ke kiri atau ke kanan dalam baris Pelakon & Kru, kemudian pilih orang untuk melihat maklumat biografi dan filem serta rancangan TV berkaitan.
Dapatkan butiran tambahan: Skrol ke bahagian bawah skrin untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat lain.