Sesuaikan seting Safari anda pada iPad
Dalam app Safari , anda boleh menukar tataletak Safari anda, menyesuaikan halaman mula anda menukar saiz teks pada tapak web, serta menukar seting paparan dan privasi. Daftar masuk ke iCloud dengan Apple ID yang sama pada berbilang peranti untuk memastikan tab yang anda buka, penanda buku, sejarah dan Senarai Bacaan dikemas kini merentas semua peranti anda.
Sesuaikan halaman mula anda
Setiap kali anda membuka tab baharu, anda bermula pada halaman mula anda. Anda boleh menyesuaikan halaman mula anda dengan imej latar belakang dan pilihan baharu.
Untuk membuka tab baharu, ketik
di penjuru kanan atas skrin.
Skrol ke bahagian bawah halaman, kemudian ketik Edit.
Pilih pilihan untuk halaman mula anda.
Gunakan Halaman Mula pada Semua Peranti: Pastikan seting dan keutamaan anda dikemas kini merentas semua peranti Apple yang anda daftar masuk menggunakan Apple ID anda. Lihat Sediakan iCloud pada peranti anda dalam Panduan Pengguna iCloud.
Kegemaran: Paparkan pintasan ke tapak web kegemaran anda yang ditandakan. Lihat Tambah halaman web ke kegemaran anda.
Cadangan Siri: Semasa anda mencari, gunakan Siri untuk mencadangkan halaman web.
Dikongsi dengan Anda: Lihat pautan yang dikongsi dengan anda dalam Mesej. Lihat Lihat pautan yang dikongsi dengan anda pada iPad.
Kerap Dilawati: Pergi terus ke tapak web yang anda paling kerap lawati.
Laporan Privasi: Ikuti perkembangan bilangan penjejak dan tapak web yang disekat oleh Safari daripada menjejak anda. Lihat Lihat Laporan Privasi.
Senarai Bacaan: Menyenaraikan halaman dalam Senarai Bacaan anda pada masa ini. Lihat Tambah halaman semasa ke Senarai Bacaan anda.
Tab iCloud: Tunjukkan tab terbuka daripada peranti Apple lain yang anda daftar masuk dengan Apple ID yang sama dan Safari diaktifkan dalam seting atau keutamaan iCloud. Lihat Gunakan tab dalam Safari pada iPad.
Nota: Seting halaman mula tersuai anda dikemas kini pada semua peranti Apple anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama dan pengesahan dua faktor diaktifkan untuk iCloud. Lihat artikel Sokongan Apple Pengesahan dua faktor untuk Apple ID.
Tukar saiz teks
Ketik
di sebelah kiri medan carian.
Ketik A besar untuk meningkatkan saiz fon atau A kecil untuk mengurangkannya.

Tukar paparan dan kawalan privasi
Gunakan butang Seting Halaman untuk bertukar ke Pembaca, menyembunyikan medan carian, mengesetkan kawalan privasi untuk tapak web dan banyak lagi.
Ketik , kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Lihat halaman web tanpa iklan atau menu navigasi: Ketik Tunjukkan Pembaca (jika tersedia).
Sembunyikan medan carian: Ketik Sembunyikan Bar Alat (ketik bahagian atas skrin untuk mendapatkannya semula).
Lihat versi mudah alih halaman web: Ketik Minta Tapak Web Mudah Alih (jika tersedia).
Setkan kawalan paparan dan privasi setiap kali anda melawat tapak web ini: Ketik Seting Tapak Web.
Gunakan pintasan papan kekunci
Anda boleh menavigasi dalam Safari menggunakan pintasan papan kekunci jika anda mempunyai kekunci luaran Apple yang bersambung ke iPad anda.
Untuk melihat pintasan papan kekunci yang tersedia, sambung papan kekunci anda, kemudian tekan dan tahan kekunci Command.