Jejak peristiwa dalam Kalendar pada iPad
Anda boleh menyesuaikan pemberitahuan yang memaklumkan anda tentang peristiwa kalendar akan datang, jemputan dan banyak lagi. Anda juga boleh memastikan peristiwa dan maklumat kalendar lain anda terkini pada semua peranti anda.
Sesuaikan pemberitahuan Kalendar
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan > Kalendar.
Aktifkan Benarkan Pemberitahuan.
Pilih cara dan tempat yang anda mahu pemberitahuan kelihatan—sebagai contoh, pada Skrin Kunci, dalam Pusat Pemberitahuan, sebagai sepanduk di bahagian atas skrin, dengan bunyi isyarat dan sebagainya.
Aktifkan pemberitahuan tersuai untuk peristiwa kalendar khusus
Selepas menyesuaikan pemberitahuan Kalendar, anda boleh memilih sama ada anda mahu pemberitahuan kelihatan untuk peristiwa tertentu—contohnya seperti acara akan datang atau balasan peserta.
Pergi ke Seting
> Pemberitahuan > Kalendar.
Ketik Sesuaikan Pemberitahuan.
Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan tersuai khusus.
Pastikan kalendar anda terkini merentas semua peranti anda
Anda boleh menggunakan iCloud untuk memastikan maklumat kalendar anda terkini pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud, kemudian aktifkan Kalendar.
Nota: Jika anda tidak melihat Kalendar, ketik Tunjukkan Semua untuk melihat lebih banyak pilihan.
Jika anda tidak mahu menggunakan iCloud untuk kalendar, anda boleh menyelaraskan maklumat kalendar antara iPad dan komputer anda. Lihat Selaraskan dengan komputer anda.