Dapatkan nada dering, nada teks dan nada isyarat dalam iTunes Store pada iPad
Dalam app iTunes Store, anda boleh membeli nada dering, nada teks dan nada isyarat lain untuk penggera jam dan banyak lagi.
Beli nada baharu
Pergi ke app iTunes Store
pada iPad anda.
Jika perlu, ketik Muzik atau Carta Teratas dalam bar tab di bahagian atas, kemudian ketik Genre.
Ketik Nada, kemudian ketik kategori.
Ketik nada untuk melihat maklumat lanjut atau memainkan pratonton.
Untuk membeli nada, ketik harga.
Petua: Anda juga boleh mencari nada—ketik Cari, masukkan perkara yang anda cari, kemudian ketik Cari pada papan kekunci.
Muat turun semula nada dibeli dengan Akaun Apple anda
Jika anda membeli nada pada peranti lain, anda boleh memuat turunnya lagi.
Pergi ke Seting
> Bunyi.
Di bawah Bunyi, ketik sebarang bunyi.
Ketik Muat Turun Semua Nada Dibeli. Anda mungkin tidak melihat pilihan ini jika anda telah memuat turun semua nada yang anda beli atau jika anda belum membeli sebarang nada.