Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Sembunyikan gangguan perhatian semasa membaca artikel dalam Safari pada iPad
Gunakan pembaca untuk menyembunyikan menu navigasi dan item mengganggu perhatian lain. Halaman yang lebih panjang termasuk ringkasan dan senarai kandungan.
Tunjukkan Pembaca
Pembaca memformat halaman web untuk menunjukkan hanya teks dan imej yang relevan.
Pergi ke app Safari
pada iPad anda.
Pergi ke halaman web.
Pada tapak web disokong, ketik
, kemudian ketik Tunjukkan Pembaca.
Untuk kembali ke halaman penuh, ketik
, kemudian ketik Sembunyikan Pembaca.
Gunakan Pembaca secara automatik untuk tapak web
Pergi ke app Safari
pada iPad anda.
Pada tapak web disokong, ketik
, kemudian ketik
.
Aktifkan Gunakan Pembaca Secara Automatik.
Untuk menggunakan Pembaca secara automatik untuk semua tapak web yang menyokongnya, pergi ke Seting > App > Safari > Pembaca, kemudian aktifkan Semua Tapak Web.