iPadOS 18
Selaraskan kenalan merentasi peranti pada iPad
Untuk memastikan maklumat hubungan anda terkini merentas semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple anda yang sama, anda boleh menggunakan iCloud.
Pergi ke Seting > [nama anda] > iCloud.
Ketik Lihat Semua bersebelahan Disimpan ke iCloud, kemudian aktifkan Kenalan.
Sebagai alternatif, anda boleh menyelaraskan maklumat antara iPad dan Mac atau peranti Windows anda untuk memastikan maklumat terkini merentas iPad dan komputer anda. Lihat Selaraskan iPad dengan komputer anda.
Jika anda menggunakan iCloud untuk Kenalan, kenalan anda kekal terkini secara automatik dan tiada pilihan kelihatan untuk menyelaraskan kenalan dengan komputer anda.