Lihat, kongsi dan cetak foto pada iPad
Semua foto dan video yang anda ambil dengan kamera iPad disimpan dalam app Foto. Dengan Foto iCloud diaktifkan, semua foto dan video baharu dimuat naik secara automatik dan tersedia dalam Foto pada semua peranti anda yang disediakan dengan Foto iCloud (dengan iOS 8.1, iPadOS 13, atau lebih baharu).
Nota: Jika Perkhidmatan Lokasi diaktifkan dalam Seting > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, foto dan video ditag dengan data lokasi yang boleh digunakan oleh app dan tapak web perkongsian foto. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPad.
Lihat foto anda
Buka Kamera
pada iPad anda.
Ketik imej kecil di bawah butang Pengatup.
Leret ke kanan untuk melihat semua foto anda yang terbaru diambil.
Ketik skrin untuk memaparkan atau menyembunyikan kawalan.
Ketik Semua Foto untuk melihat semua foto dan video anda yang disimpan dalam Foto.
Kongsi dan cetak foto anda
Semasa melihat foto pada iPad anda, ketik
.
Untuk berkongsi foto anda, pilih pilihan seperti AirDrop, Mail, atau Mesej.
Untuk mencetak foto anda, leret ke atas untuk memilih Cetak daripada senarai tindakan.
Lihat Gunakan AirDrop pada iPad untuk menghantar item ke peranti Apple berdekatan.
Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan AirPrint untuk mencetak daripada iPhone atau iPad anda.
Muat naik foto dan pastikan foto dikemas kini merentas peranti
Gunakan Foto iCloud untuk memuat naik foto dan video daripada iPad anda ke iCloud dan mengaksesnya pada peranti lain yang anda daftar masuk dengan Akaun Apple yang sama. Foto iCloud berguna jika anda mahu memastikan foto anda terkini merentas berbilang peranti atau menjimatkan ruang pada iPad anda. Untuk mengaktifkan Foto iCloud, pergi ke Seting > Foto.