Zum masuk pada skrin iPad
Dalam kebanyakan app, anda boleh zum masuk atau keluar pada item khusus. Contohnya, anda boleh dwiketik atau mencubit untuk melihat lebih dekat dalam Foto atau mengembangkan lajur halaman web dalam Safari. Anda juga boleh menggunakan ciri Zum untuk membesarkan skrin tidak kira apa yang sedang anda lakukan. Anda boleh membesarkan keseluruhan skrin (Zum Skrin Penuh), membesarkan hanya sebahagian daripada skrin dengan kanta boleh disaizkan semula (Zum Tetingkap), atau membesarkan sebahagian daripada skrin yang kekal di satu tempat (Zum Dipinkan). Serta, anda boleh menggunakan Zum bersama-sama VoiceOver.

Sediakan Zum
Pergi ke Seting
> Kebolehcapaian > Zum, kemudian aktifkan Zum.
Laraskan mana-mana daripada berikut:
Ikut Fokus: Jejak pilihan anda, titik sisipan teks dan penaipan anda.
Penaipan Pintar: Tukar ke Zum Tetingkap apabila papan kekunci kelihatan.
Pintasan Papan Kekunci: Kawal Zum menggunakan pintasan pada papan kekunci luaran.
Pengawal Zum: Aktifkan pengawal, setkan tindakan pengawal dan laraskan warna dan kelegapan.
Kawasan Zum: Pilih Zum Dipinkan, Zum Skrin Penuh, atau Zum Tetingkap.
Penapis Zum: Pilih Tiada, Diterbalikkan, Skala Kelabu, Diterbalikkan Skala Kelabu, atau Cahaya Malap.
Paras Zum Maksimum: Seret gelangsar untuk melaraskan paras.
Jika anda menggunakan iPad dengan peranti penuding, anda juga boleh mengesetkan yang berikut di bawah Kawalan Penuding:
Sorot Zum: Pilih Berterusan, Dipusatkan, atau Pinggir untuk mengesetkan cara imej skrin beralih dengan penuding.
Laraskan Saiz dengan Zum: Benarkan penuding untuk menskala dengan zum.
Untuk menambah Zum pada Pintasan Kebolehcapaian, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Pintasan Kebolehcapaian, kemudian ketik Zum.
Gunakan Zum
Dwiketik skrin dengan tiga jari atau gunakan Pintasan Kebolehcapaian untuk mengaktifkan Zum.
Untuk melihat lebih pada skrin, lakukan mana-mana daripada berikut:
Laraskan pembesaran: Dwiketik skrin dengan tiga jari (tanpa mengangkat jari anda selepas ketikan kedua), kemudian seret ke atas atau bawah. Atau ketik tiga kali dengan tiga jari, kemudian seret gelangsar Paras Zum.
Alihkan lensa Zum: (Zum Tetingkap) Seret pemegang di bahagian bawah lensa Zum.
Sorot ke kawasan lain: (Zum Skrin Penuh) Seret skrin dengan tiga jari.
Untuk melaraskan seting dengan menu Zum, ketik tiga kali dengan tiga jari, kemudian laraskan mana-mana daripada berikut:
Pilih Rantau: Pilih Zum Dipinkan, Zum Skrin Penuh, atau Zum Tetingkap.
Saiz Semula Lensa: (Zum Tetingkap) Ketik Saiz Semula Lensa, kemudian seret sebarang pemegang bulat yang kelihatan.
Pilih Penapis: Pilih Diterbalikkan, Skala Kelabu, Diterbalikkan Skala Kelabu, atau Cahaya Malap.
Tunjukkan Pengawal: Tunjukkan Pengawal Zum.
Untuk menggunakan Pengawal Zum, lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan menu Zum: Ketik pengawal.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik pengawal.
Sorot: Apabila dizum masuk, seret pengawal.
Semasa menggunakan Zum dengan papan kekunci luaran Apple, rantau Zum mengikut titik sisipan, memastikannya berada di tengah skrin. Lihat Papan kekunci iPad.
Untuk menyahaktifkan Zum, dwiketik skrin dengan tiga jari atau gunakan Pintasan Kebolehcapaian.