Sambungkan tetikus pada iPad
Anda boleh menyambungkan Magic Mouse, tetikus Bluetooth® lain, atau tetikus USB pada iPad anda.
Nota: Peranti tetikus dijual secara berasingan. Tidak semua peranti tetikus serasi sepenuhnya dengan semua model iPad.
Pasangkan Magic Mouse atau tetikus Bluetooth lain
Untuk Magic Mouse, pastikan tetikus diaktifkan dan dicas.
Untuk sebarang tetikus Bluetooth lain, ikuti arahan yang datang bersama tetikus untuk meletaknya dalam mod penemuan.
Pada iPad, pergi ke Seting
> Bluetooth, kemudian aktifkan Bluetooth.
Pilih peranti apabila peranti kelihatan dalam senarai Peranti Lain.
Jika anda diminta PIN apabila anda memasangkan Magic Mouse, taipkan “0000” (empat sifar), kemudian ketik Pasangkan.
Nota: Jika tetikus telah dipasangkan dengan Mac anda atau iPad lain, anda mesti membatalkan pasangan peranti sebelum anda boleh menyambungkannya ke iPad anda. Lakukan satu daripada berikut:
Pada iPhone atau iPad: Lihat Nyahpasangkan aksesori Bluetooth.
Pada macOS 13 atau lebih baharu: Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Bluetooth dalam bar sisi, Control-klik peranti, kemudian pilih Lupakan.Pada macOS 12.5 atau lebih lama: Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Bluetooth, Control-klik peranti, kemudian klik Keluarkan.
Sambungkan semula tetikus Bluetooth pada iPad
Tetikus diputuskan sambungan apabila anda Mematikan suis pada tetikus atau apabila anda mengalihkan tetikus atau iPad keluar daripada julat Bluetooth—kira-kira 33 kaki (10 meter).
Untuk menyambungkan semula, Hidupkan suis tetikus, atau bawa tetikus dan iPad ke dalam julat semula, kemudian ketik tetikus.
Sambungkan tetikus USB
Dengan kabel atau penyesuai yang bersesuaian, anda boleh menyambungkan pelbagai peranti tetikus pihak ketiga dengan iPad menggunakan USB dan penerima berasaskan USB. Rujuk arahan pengeluar peranti.