Alihkan app dan widget pada Skrin Utama iPad
Anda boleh menukar tataletak Skrin Utama anda—alihkan app dan widget di mana-mana pada skrin ke bingkai hias latar anda, atau seretnya ke halaman Skrin Utama lain. Jika anda mempunyai berbilang halaman Skrin Utama, setiap halaman boleh mempunyai tataletak unik. Anda juga boleh menyembunyikan halaman Skrin Utama buat sementara, menukar tempat app baharu dimuat turun dan banyak lagi.
Petua: Anda boleh mengalihkan semua app dan widget anda yang berkaitan dengan Fokus tertentu (contohnya, Fokus Bekerja anda) ke halaman Skrin Utama tunggal dan membuatkan halaman tersebut boleh diakses semasa Fokus tersebut.
Alihkan app dan widget di sekitar pada Skrin Utama anda
Sentuh dan tahan latar belakang Skrin Utama sehingga item mula bergoyang.
Seret app atau widget ke salah satu daripada lokasi berikut:
Lokasi lain pada halaman yang sama—termasuk di bahagian atas, bawah atau sisi skrin.
Halaman Skrin Utama lain
Seret app atau widget ke pinggir kanan skrin. Anda mungkin perlu menunggu sebentar untuk halaman baharu kelihatan. Titik di atas Dock menunjukkan bilangan halaman yang anda miliki dan skrin yang sedang anda sedang lihat.
Petua: Anda juga boleh menyeret app ke Dock di bahagian bawah skrin.
Apabila anda selesai, ketik Selesai di bahagian kanan atas.
Keluarkan widget daripada Skrin Utama anda
Sentuh dan tahan widget untuk membuka Menu tindakan cepat.
Lakukan satu daripada berikut:
Untuk mengeluarkan widget: Ketik Keluarkan Widget.
Untuk mengeluarkan Tindanan Pintar: Ketik Keluarkan Tindanan.
Reset Skrin Utama dan app kepada tataletak asal
Pergi ke Seting
> Umum > Pindahkan atau Reset iPad.
Ketik Reset, kemudian ketik Reset Tataletak Skrin Utama.
Sebarang folder yang anda cipta dikeluarkan, serta app yang anda muat turun disusun mengikut tertib abjad selepas app yang didatangkan dengan iPad anda.