Tukar seting app Apple TV pada iPad
Anda boleh melaraskan seting penstriman dan muat turun untuk app Apple TV. Anda juga boleh menukar cara app Apple TV menggunakan sejarah tontonan anda untuk memberikan pengesyoran diperibadikan dan memilih perkara yang kelihatan dalam app Apple TV, termasuk skor sukan langsung dan item dalam Teruskan Menonton.
Tukar pilihan penstriman dan muat turun
Pergi ke Seting
> App > TV.
Pilih pilihan penstriman:
Gunakan Data Selular: (Model Wi-Fi + Cellular) Nyahaktifkan untuk mengehadkan penstriman pada sambungan Wi-Fi.
Selular: (Model Wi-Fi + Cellular) Pilih Kualiti Tinggi atau Automatik.
Wi-Fi: Pilih Kualiti Tinggi atau Penjimat Data.
Kualiti tinggi memerlukan sambungan internet yang lebih laju dan menggunakan lebih banyak data.
Pilih pilihan muat turun:
Gunakan Data Selular: (Model Wi-Fi + Cellular) Nyahaktifkan untuk mengehadkan muat turun pada sambungan Wi-Fi.
Selular: (Model Wi-Fi + Cellular) Pilih Kualiti Tinggi atau Muat Turun Laju.
Wi-Fi: Pilih Kualiti Tinggi atau Muat Turun Laju.
Kualiti Tinggi menyebabkan muat turun yang lebih perlahan dan menggunakan lebih banyak data.
Bahasa: Pilih bahasa. Setiap bahasa audio yang ditambah meningkatkan saiz muat turun. Untuk mengeluarkan bahasa, leret ke kiri pada bahasa yang anda mahu keluarkan, kemudian ketik Padam.
Bahasa lalai ialah bahasa utama untuk negara atau rantau anda. Jika anda mengaktifkan Perihalan Audio dalam Seting > Kebolehcapaian, perihalan audio juga dimuat turun.
Tukar cara sejarah tontonan anda digunakan
Secara lalai, kandungan yang anda tonton pada iPad anda mempengaruhi pengesyoran diperibadikan dan Senarai Menonton pada semua peranti anda yang anda daftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Anda boleh melakukan mana-mana yang berikut:
Kosongkan sejarah tontonan anda: Pergi ke app Apple TV
, ketik gambar atau parap anda di bahagian kiri bawah bar sisi, kemudian ketik Kosongkan Sejarah Main.
Nyahaktifkan ciri pemeribadian berdasarkan sejarah tontonan anda: Pergi ke > Seting
> App > TV, kemudian nyahaktifkan Gunakan Sejarah Main.
Tukar seting main auto
Secara lalai, apabila anda selesai menonton episod rancangan TV, episod seterusnya bermain secara automatik. Serta apabila anda menamatkan siri, filem atau acara sukan, kandungan disyorkan bermain secara automatik. Anda boleh menukar seting ini.
Pergi ke app Apple TV
pada iPad anda.
Ketik Laman Utama, kemudian ketik gambar atau parap anda di bahagian kiri bawah bar sisi.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Mainkan episod seterusnya secara automatik: Aktifkan atau nyahaktifkan Main Episod Seterusnya.
Mainkan kandungan disyorkan secara automatik untuk anda selepas anda menamatkan siri, filem atau acara sukan: Aktifkan atau nyahaktifkan Mainkan Pengesyoran.
Tukar keutamaan peranti anda
Pergi ke Seting
> App > TV.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tunjukkan atau sembunyikan skor sukan langsung: Nyahaktifkan Tunjukkan Skor Sukan.
Gunakan sejarah tontonan anda untuk pengesyoran diperibadikan dan Teruskan Menonton: Aktifkan Gunakan Sejarah Main.
Pilih seni yang anda mahu lihat dalam Teruskan Menonton: Ketik Paparan Teruskan Menonton, kemudian ketik Bingkai Pegun untuk melihat imej dijeda daripada perkara yang anda tonton, atau Seni Poster untuk menunjukkan imej tajuk utama untuk rancangan atau filem.