Cipta dan edit peristiwa dalam Kalendar pada iPad
Gunakan app Kalendar untuk mencipta dan mengedit peristiwa, temu janji dan mesyuarat.

Siri: Sebutkan sesuatu seperti:
“Setkan mesyuarat dengan Gordon pada pukul 9 pagi”
“Adakah saya mempunyai mesyuarat pada pukul 10?”
“Di manakah mesyuarat 3:30 saya?”
Tambah peristiwa
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Dalam paparan Hari, ketik
di bahagian atas skrin.
Masukkan tajuk peristiwa.
Ketik Lokasi atau Panggilan Video, kemudian masukkan lokasi fizikal atau ketik FaceTime untuk memasukkan pautan video untuk peristiwa jauh.
Anda juga boleh menyalin pautan FaceTime yang anda cipta atau terima dan tampal pautan dalam medan Lokasi. Lihat Cipta pautan ke panggilan FaceTime.
Masukkan masa mula dan tamat untuk peristiwa, masa perjalanan, jemputan, lampiran dan sebagainya. (Leret ke atas, jika perlu, untuk memasukkan semua maklumat mesyuarat.)
Ketik Tambah.
Tambah isyarat
Anda boleh setkan isyarat agar diingatkan tentang peristiwa terlebih dahulu.
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit.
Dalam butiran peristiwa, ketik Isyarat.
Pilih waktu yang anda mahu diingatkan.
Contohnya, “Pada waktu peristiwa”, “5 minit sebelum”, atau pilihan lain.
Nota: Jika anda menambah alamat lokasi peristiwa, Kalendar menggunakan Peta Apple untuk mencari lokasi, keadaan trafik dan pilihan transit untuk memberitahu anda apabila tiba masa untuk bertolak.
Ketik Selesai.
Tambah lampiran
Anda boleh menambah lampiran ke peristiwa kalendar untuk berkongsi dengan jemputan.
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit.
Dalam butiran peristiwa, ketik Tambah lampiran.
Cari fail yang anda mahu lampirkan.
Untuk mencari fail, anda boleh memasukkan namanya dalam medan carian, skrol, ketik folder untuk membukanya, ketik Layari untuk mencari dalam lokasi lain (seperti iCloud Drive) dan seterusnya. Lihat Ubah suai fail, folder dan lihat muat turun dalam Fail.
Ketik Selesai.
Untuk mengeluarkan lampiran, ketik peristiwa, ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas, leret ke kiri di atas lampiran, kemudian ketik Keluarkan.
Cari peristiwa dalam app lain
Siri boleh mencadangkan peristiwa yang terdapat dalam Mail, Mesej dan Safari—seperti tempahan penerbangan dan tempahan hotel—supaya anda boleh menambahnya dengan mudah dalam Kalendar.
Pergi ke Seting
> App > Kalendar.
Ketik Siri, kemudian aktifkan Tunjukkan dalam App untuk membenarkan Siri mencadangkan peristiwa yang terdapat dalam app lain.
Untuk membenarkan Siri memberikan cadangan dalam app lain berdasarkan cara anda menggunakan Kalendar, aktifkan Belajar daripada App ini.
Salin dan tampal peristiwa
Anda boleh menyalin peristiwa dan menampalkannya ke tarikh lain.
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Sentuh dan tahan peristiwa, kemudian ketik Salin.
Pada tarikh lain, sentuh dan tahan masa yang anda mahu tampalkan peristiwa.
Apabila anda melepaskan, halaman Peristiwa Baharu kelihatan dan peristiwa yang disalin kelihatan di bawah Tajuk dengan tarikh dan masa yang anda mahu tampalkan peristiwa.
Petua: Anda juga boleh mengetik
di bahagian atas skrin selepas menyalin peristiwa.
Ketik peristiwa yang disalin di bawah Tajuk.
Ketik Tambah.
Edit peristiwa
Anda boleh menukar waktu peristiwa dan sebarang butiran peristiwa lain.
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Lakukan mana-mana daripada berikut:
Tukar masa dan tempoh peristiwa dengan cepat: Dalam paparan Hari atau Minggu, sentuh dan tahan peristiwa, kemudian seretnya ke masa baharu, atau laraskan titik cengkam.
Tukar butiran peristiwa: Ketik peristiwa, kemudian ketik Edit berdekatan bahagian kanan atas. Dalam butiran peristiwa, ketik seting untuk menukarnya, atau ketik dalam medan untuk menaip maklumat baru.
Padam peristiwa
Pergi ke app Kalendar
pada iPad anda.
Dalam paparan Hari, ketik peristiwa, kemudian ketik Padam Peristiwa di bahagian bawah skrin.