Gunakan gerak isyarat VoiceOver pada iPad
Apabila VoiceOver aktif, gerak isyarat skrin sentuh standard mempunyai kesan berlainan dan gerak isyarat tambahan membolehkan anda bergerak di sekeliling skrin dan mengawal item individu. Gerak isyarat VoiceOver termasuk ketikan dan leretan dua, tiga dan empat jari.
Anda boleh menggunakan teknik berlainan untuk melakukan gerak isyarat VoiceOver. Sebagai contoh, anda boleh melaksanakan ketikan dua jari menggunakan dua jari pada satu tangan, satu jari pada setiap tangan, atau ibu jari anda. Berbanding memilih item dan dwiketik, anda boleh menggunakan gerak isyarat ketik pisah—sentuh dan tahan item dengan satu jari, kemudian ketik skrin dengan jari lain.
Terokai dan sebut item pada skrin
Untuk menerokai skrin, seret jari anda di atasnya. VoiceOver menyebut nama setiap item yang anda sentuh.
Anda boleh menggunakan gerak isyarat VoiceOver untuk menerokai skrin dalam tertib, dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan.
Tindakan | Gerak Isyarat |
Pilih dan sebut item | Ketik atau sentuh item |
Pilih item seterusnya | Leret ke kanan |
Pilih item sebelumnya | Leret ke kiri |
Alihkan ke dalam kumpulan item | Leret ke kanan dua jari |
Alihkan keluar daripada kumpulan item | Leret ke kiri dua jari |
Pilih item pertama pada skrin | Ketikan empat jari berhampiran bahagian atas skrin |
Pilih item terakhir pada skrin | Ketikan empat jari berhampiran bahagian bawah skrin |
Sebutkan keseluruhan skrin dari atas | Leret ke atas dua jari |
Sebutkan keseluruhan skrin daripada item dipilih | Leret ke bawah dua jari |
Jeda atau teruskan bercakap | Ketikan dua jari |
Sebutkan maklumat tambahan, seperti kedudukan dalam senarai atau sama ada teks dipilih | Ketikan tiga jari |
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gaya navigasi, lihat Gunakan navigasi rata atau dikumpulkan.
Skrol ke atas, bawah, kiri dan kanan
Gunakan gerak isyarat VoiceOver untuk pergi ke halaman lain.
Tindakan | Gerak Isyarat |
Skrol ke atas satu halaman | Leret ke bawah tiga jari |
Skrol ke bawah satu halaman | Leret ke atas tiga jari |
Skrol ke kiri satu halaman | Leret ke kanan tiga jari |
Skrol ke kanan satu halaman | Leret ke kiri tiga jari |
Lakukan tindakan pada item
Gunakan gerak isyarat VoiceOver untuk melaksanakan tindakan pada item.
Tindakan | Gerak Isyarat |
Pilih item | Ketik |
Aktifkan item dipilih | Dwiketik |
Dwiketik item dipilih | Ketik tiga kali |
Seret gelangsar | Ketik gelangsar untuk memilihnya, kemudian leret ke atas atau bawah dengan satu jari; atau dwiketik dan tahan gelangsar sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian seret gelangsar |
Mulakan atau hentikan tindakan semasa (sebagai contoh, mainkan atau jedakan muzik atau video, ambil foto dalam Kamera, mulakan atau hentikan rakaman, mulakan atau hentikan jam randik) | Dwiketik dua jari |
Tutup isyarat atau kembali ke skrin sebelumnya | Gosok dua jari (gerakkan dua jari ke belakang dan ke hadapan tiga kali dengan cepat, membuat “z”) |
Edit label item untuk menjadikannya mudah dicari | Dwiketik dua jari dan tahan |
Petua: Sebagai alternatif kepada memilih item dan mendwiketik untuk mengaktifkannya, sentuh dan tahan item dengan satu jari, kemudian ketik skrin dengan jari lain.
Gunakan gerak isyarat untuk mengawal VoiceOver
Gunakan gerak isyarat ini untuk mengawal VoiceOver.
Tindakan | Gerak Isyarat |
Senyapkan atau nyahsenyapkan VoiceOver | Dwiketik tiga jari. Jika kedua-dua VoiceOver dan Zum diaktifkan, gunakan gerak isyarat ketik tiga kali tiga jari. |
Aktifkan atau nyahaktifkan tabir skrin (Apabila tabir skrin aktif, kandungan skrin adalah aktif walaupun paparan hitam dan kelihatan dinyahaktifkan.) | Ketik tiga kali tiga jari. Jika kedua-dua VoiceOver dan Zum diaktifkan, gunakan gerak isyarat ketik empat kali tiga jari. |
Gunakan gerak isyarat standard | Dwiketik dan tahan jari anda pada skrin sehingga anda mendengar tiga nada meningkat, kemudian lakukan gerak isyarat. Apabila anda mengangkat jari anda, gerak isyarat VoiceOver diteruskan. Contohnya, untuk menyeret gelangsar dengan jari anda berbanding meleret ke atas dan bawah, pilih gelangsar, dwiketik dan tahan, tunggu untuk tiga nada, kemudian luncur ke kiri atau kanan. |
Buka Pemilih Item | Ketik tiga kali dua jari. Untuk bergerak menerusi senarai item dengan cepat, taipkan nama dalam medan carian, leret ke kanan atau kiri untuk bergerak menerusi senarai mengikut abjad, atau ketik indeks jadual di sebelah kanan senarai dan leret ke atas atau bawah. Anda juga boleh menggunakan tulisan tangan untuk memilih item dengan menulis namanya. Jika anda menggunakan Input Skrin Braille untuk menaip braille secara terus pada skrin, apabila anda tidak memasukkan teks, anda boleh menaip untuk mencari item. Untuk menutup Pemilih Item tanpa membuat pilihan, lakukan gosokan dua jari (gerakkan dua jari ke depan belakang sebanyak tiga kali dengan cepat, untuk membuat “z”). |
Buka seting cepat VoiceOver | Ketik empat kali dua jari. |
Mulakan atau berhenti Pengecaman Langsung | Ketikan tiga kali empat jari. Lihat Dapatkan perihalan langsung persekitaran anda dengan VoiceOver. |
Gunakan rotor VoiceOver
Anda boleh menggunakan rotor atas skrin untuk menukar seting VoiceOver, melompat daripada satu item ke item seterusnya pada skrin, memilih kaedah input istimewa seperti Input Skrin Braille atau Tulisan Tangan dan banyak lagi. Lihat Kawal VoiceOver menggunakan rotor.
Anda boleh menggunakan gerak isyarat ini dengan rotor.
Tindakan | Gerak Isyarat |
Pilih seting rotor | Putaran dua jari |
Pergi ke item sebelumnya atau tingkatkan (bergantung pada seting rotor) | Leret ke atas |
Pergi ke item seterusnya atau turunkan (bergantung pada seting rotor) | Leret ke bawah |