Ambil dan edit foto atau video dalam Mesej pada iPad
Anda boleh menangkap foto dan video secara langsung dalam app Mesej. Anda juga boleh mengubah suai foto dan video sebelum anda menghantarnya dengan mengedit imej, menandakannya atau menambah kesan.
Nota: Pembawa anda mungkin mengesetkan had saiz untuk lampiran; iPad mungkin memampat lampiran foto dan video jika perlu.

Ambil dan edit foto atau video baharu
Pergi ke app Mesej
pada iPad anda.
Buka perbualan atau mulakan mesej baharu, ketik
, kemudian ketik Kamera.
Untuk menukar mod kamera, ketik Slo-mo, Video, Foto, Petak atau Pano. (Anda mungkin perlu meleret ke atas atau ke bawah.)
Untuk menambah kesan kamera pada foto atau video anda—seperti penapis, pelekat, label dan bentuk—ketik
, kemudian ketik butang, seperti
atau
. Pilih pilihan, kemudian ketik
untuk menambah kesan pada imej anda.
Lakukan satu daripada berikut:
Ambil foto: Letakkan tangkapan dalam pemidang tilik, kemudian ketik
.
Ambil video: Ketik
untuk mula merakam dan
untuk berhenti.
Ketik Selesai untuk menambah foto atau video ke gelembung mesej, tambah komen, kemudian ketik
untuk menghantar mesej anda. (Atau hanya ketik
untuk menghantar foto atau video tanpa menambah mesej.)
Anda juga boleh menghantar foto atau video dengan kesan Digital Touch atau merakam mesej video dalam app FaceTime.
Nota: Anda boleh membuat iPad anda (atau ahli keluarga) menerima amaran tentang kandungan sensitif dan memberi amaran kepada anda sebelum ia dihantar atau diterima. Lihat Terima amaran tentang kandungan sensitif atau Semak kandungan bogel pada iPad ahli keluarga.
Jika anda mempunyai iPad yang menyokong Apple Intelligence dan Apple Intelligence diaktifkan, anda boleh menggunakan Image Playground untuk mencipta imej unik dalam Mesej. Lihat Gunakan Image Playground dengan Apple Intelligence.
Tambah dan edit foto sedia ada
Anda boleh mengedit atau menandakan imej sedia ada daripada pustaka foto anda sebelum anda menghantarnya dalam perbualan Mesej.
Pergi ke app Mesej
pada iPad anda.
Buka perbualan atau mulakan mesej baharu, ketik
, kemudian ketik Foto.
Leret ke atas untuk mencari, melayari semua foto, atau menukar album, kemudian ketik imej yang anda mahu hantar.
Untuk mengubah foto, ketik foto dalam gelembung mesej, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:
Ketik Penanda, tulis atau lukis dengan alat Penanda pada foto, ketik Simpan, kemudian ketik Selesai.
Ketik Edit, gunakan alat pengeditan foto untuk mengubah foto, kemudian ketik Selesai.
Tambah komen (pilihan), kemudian ketik
untuk menghantar foto.
Untuk mengeluarkan foto atau video daripada gelembung mesej sebelum menghantarnya, ketik .
Nota: Lampiran yang anda hantar merentasi iMessage (seperti foto atau video) mungkin dimuat naik ke Apple dan disulitkan supaya tiada orang kecuali pengirim dan penerima yang boleh mengaksesnya. Untuk meningkatkan prestasi, iPad anda mungkin memuat naik lampiran kepada Apple secara automatik semasa anda mengarang mesej. Jika anda memutuskan untuk tidak menghantar mesej anda, lampiran dipadamkan daripada pelayan selepas beberapa hari.