iPadOS 18
Tukar unit atau mata wang dalam Kalkulator pada iPad
Aktifkan pertukaran unit untuk menukar panjang, berat, mata wang dan banyak lagi sambil menggunakan kalkulator asas atau saintifik.

Pergi ke app Kalkulator
pada iPad anda.
Semasa menggunakan kalkulator asas atau saintifik, ketik
, kemudian aktifkan Tukar.
Ketik
dan pilih unit atau mata wang yang anda mahu tukar.
Leret kategori di bahagian atas senarai untuk melihat yang lain seperti Kelajuan, Masa dan Berat.
Masukkan nilai dalam mana-mana medan untuk melihat pertukaran semasa anda menaip.
Anda juga boleh menukar unit dan mata wang dalam Nota Matematik. Contohnya, tulis atau taip “50 m dalam kaki =” dalam nota.