Tukar seting Face ID dan perhatian pada iPad
Pada iPad dengan Face ID, anda boleh melaraskan seting Face ID dan perhatian jika anda mempunyai pengehadan fizikal atau penglihatan.
Sediakan Face ID dengan Pilihan Kebolehcapaian
Menyediakan Face ID biasanya memerlukan anda menggerakkan kepala anda dalam bulatan secara perlahan untuk menunjukkan semua sudut wajah anda. Jika anda tidak boleh melakukan pergerakan kepala sepenuhnya, anda masih boleh menyediakan Face ID tanpa menggerakkan kepala anda.
Pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan.
Tempatkan muka anda dalam bingkai, kemudian ketik Pilihan Kebolehcapaian.
Face ID masih selamat tetapi memerlukan lebih kekonsistenan semasa anda membuka iPad.
Tukar seting perhatian
Untuk keselamatan tambahan, Face ID sedar perhatian. Ia membuka kunci iPad hanya apabila mata anda terbuka dan melihat pada skrin. iPad juga boleh mendedahkan pemberitahuan dan mesej, memastikan skrin terang semasa anda membaca, atau menurunkan kelantangan isyarat.
Jika anda tidak mahu iPad menyemak perhatian anda, lakukan yang berikut:
Pergi ke Seting
> Face ID & Kod Laluan.
Aktifkan atau nyahaktifkan mana-mana yang berikut:
Memerlukan Perhatian untuk Face ID
Ciri Kesedaran Perhatian
Seting ini dinyahaktifkan secara lalai jika anda mengaktifkan VoiceOver pada kali pertama anda menyediakan iPad.
Nota: Memerlukan perhatian membuatkan Face ID lebih selamat.