Gunakan pintasan pada papan kekunci luaran Apple dengan iPad
Anda boleh menggunakan bar Pintasan (di bahagian bawah skrin) dan gabungan ketukan kekunci yang dikenali sebagai pintasan papan kekunci untuk melaksanakan pelbagai tindakan umum dengan cepat.
Gunakan bar Pintasan untuk menerima perkataan dan ejaan dicadangkan
Semasa menaip, anda boleh melakukan yang berikut:
Terima perkataan yang dicadangkan dengan mengetiknya dalam bar Pintasan.
Terima cadangan yang diserlahkan dalam bar Pintasan dengan memasukkan ruang atau tanda baca. (Jika anda memasukkan koma, noktah atau tanda baca lain selepas memasukkan ruang untuk menerima cadangan, ruang tersebut dipadamkan.)
Tolak cadangan dengan mengetik perkataan asal anda (ditunjukkan dengan tanda petikan dalam bar Pintasan).
Untuk menyahaktifkan cadangan, pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci, kemudian nyahaktifkan Teks Ramalan:
Gunakan bar Pintasan untuk bertukar antara papan kekunci bahasa, emoji dan atas skrin.
Anda boleh menggunakan bar Pintasan untuk bertukar antara papan kekunci bahasa untuk rantau anda, papan kekunci emoji, papan kekunci bahasa lain yang anda tambah dan papan kekunci atas skrin.
Lakukan satu daripada berikut:
Ketik
dalam bar Pintasan.
Jika anda memasang papan kekunci bahasa tambahan, ketik butang bahasa di sebelah cadangan teks ramalan (bertentangan dengan butang Perencanaan
dalam bar Pintasan).
Pilih pilihan.
Gunakan bar Pintasan untuk pintasan lain
Gunakan pintasan khusus app: Butang di pinggir luar bar Pintasan berbeza bergantung pada app yang anda gunakan atau tugas yang anda lakukan. Setiap app adalah berbeza—cuba bar Pintasan untuk melihat perkara yang anda boleh lakukan.
Tukar seting papan kekunci. Ketik
(atau butang bahasa yang menggantikannya), kemudian ketik Seting Papan Kekunci.
Minimumkan bar Pintasan: Ketik
(atau butang bahasa yang menggantikannya), kemudian ketik Minimumkan. Untuk melihat bar Pintasan penuh, ketik versi diminimumkan.
Rencanakan teks: Butang Perencanaan
, kemudian sebutkan. Apabila anda selesai, ketik
di bahagian bawah skrin.
Gunakan pintasan papan kekunci
Anda boleh menggunakan pintasan papan kekunci pada papan kekunci luaran Apple untuk melaksanakan tindakan berikut pada iPad:
Bertukar antara app dengan cepat: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian tekan Tab sehingga anda mencapai app yang anda mahu buka.
Buka Carian: Tekan Command-Space.
Navigasi antara senarai, medan teks dan banyak lagi: Tekan Tab untuk menavigasi antara kawasan app. Contohnya, dalam Nota, dengan senarai Folder ditunjukkan, tekan Tab untuk bertukar antara senarai Folder, senarai Nota dan medan carian.
Lihat pintasan berbilang tugas dan seluruh sistem lain: (Magic Keyboard untuk iPad dan Smart Keyboard) Tekan dan tahan
, kemudian ketik kategori di bawah senarai.
Lihat pintasan untuk app yang anda gunakan: Tekan dan tahan kekunci Command, kemudian ketik kategori di bawah senarai.
Anda boleh menukar tindakan yang dilaksanakan oleh kekunci Command (dan kekunci pengubah suai lain seperti Caps Lock). Pergi ke Seting > Umum > Papan Kekunci > Papan Kekunci Perkakasan, ketik Kekunci Pengubah Suai, ketik kekunci, kemudian pilih tindakan yang anda mahu ia laksanakan.
Untuk menggunakan pintasan papan kekunci tambahan, pergi ke Seting > Kebolehcapaian > Akses Papan Kekunci Penuh, kemudian aktifkan Akses Papan Kekunci Penuh. Lihat Kawal iPad menggunakan Akses Papan Kekunci Penuh.
Nota: Anda juga boleh menyediakan penggantian teks yang memasukkan perkataan atau frasa selepas anda hanya menaip beberapa aksara. Contohnya, taipkan “otw” untuk memasukkan “Saya dalam perjalanan!” Lihat Simpan ketukan kekunci dengan penggantian teks pada iPad.
Anda juga boleh menerima perkataan yang dicadangkan sebelum anda selesai menaip perkataan. Lihat Simpan ketukan kekunci dengan penggantian teks.